Friday, July 6, 2012

I have to say GOOD BYE

Assalamualaikum
Pagi ini masih seperti semalam. Bunyi bising. Kenderaan bertali arus. Namun, lalu lintas masih lancar. Tidak sesak. Pemandu dan penunggang masih boleh memecut laju menuju ke tempat yang ingin dituju. Bezanya cuma satu, semalam hujan. Hari ini langit cerah. Alhamdulillah.

Sudah masuk hari ke-lima aku di sini. Malam ini,akan berangkat pulang bersama-sama barang-barang lama yang penuh dengan kenangan. Pengalaman itu sangat bernilai walau sebenarnya tiada harga kerana  pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang. Pengalaman lalu kini tinggal kenangan. Kenangan bukan hanya untuk dikenang tetapi juga sebagai peringatan. Kata orang: yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan,sesungguhnya semuanya datang dari Tuhan.

Andai sakit, harus lalui dengan gagah walau sebenarnya teramat lemah. Bukan perlu fizikal yang gagah kerana sebenarnya mental yang mengarah supaya fizikal menjadi kuat dan bersemangat. Andai malas, harus segera nasihati diri : aku tak mahu di kalangan orang yang rugi. 

OK, cukup sudah intro 3 perenggan yang mendayu-dayu macam lagu Mas Idayu. Erk... Hehe... Sebenarnya cuma nak bagitau PENANG sangat BEST. *Teluk Intan pon best jugak tapi selalu rindu nak naik feri & tengok laut & beli jeruk yang murah-murah....But i have to say GOOD BYE PENANG... Semoga terus maju dan aman dan tenteram. 

InsyaAllah, Cj akan memulakan sesuatu yang baru pada hari Isnin ini di samping berusaha membantu adik-adik menyelesaikan masalah Matematik...BTW, Matematik mengajar saya bahawa setiap masalah ada penyelesaian...Sekian.

#Ya Allah, jadikanlah aku pemimpin yang terpimpin...Amin..