Tuesday, July 31, 2012

Don't talk to stranger. Senyum takpe.

Assalamualaikum
Aku bukanlah jenis suka senyum sangat. Tapi, memang selalu senyum lah. Kalau kena marah/tegur pon, kadang-kadang aku still senyum sebab taknak sakitkan hati sendiri. Tapi, kadang-kadang bila tengah sakit - ada masalah - penat - bosan dibebel - bosan di marah - muka pon jadi macam asam keping yang kecut dan masam.

Tipulah kalau aku cakap "aku tak pernah marah"...Aku masih ada perasaan. Kadang-kadang marah. Kadang-kadang menjerit jugak. Bila marah-marah, mata terasa berair. Masa marah, terasa buruk beno muka aku. Sebab tu lah kadang-kadang segan nak marah-marah kat public sebab takut nak show off betapa buruknya muka bila marah...

Zaman sekarang ni, macam-macam hal terjadi. Maka itu, bapak aku selalu pesan supaya sentiasa ada perasaan curiga. Contohnya, kalau dating/outing dengan kawan, jangan balik lewat-lewat sangat sampai hari dah gelap. Cuba bayangkan kalau terjadi sesuatu dalam suasana gelap yang sepanjang jalan takde lampu jalan, kiri-kanan pokok kelapa sawit- takde rumah orang....Huhu... 

Bapak bukan marah. Sebenarnya, beliau risaukan aku sebab masa sampai kat rumah, aku sempat terdengar doa bapak " ya Allah, Kau lindungilah anakku......" Masa kali pertama aku buat hal, sampai kat rumah bila Maghrib dah dihujung waktu, bapak & mak risau sangat. Abang aku pon turut risau sampaikan mak aku dipersalahkan kerana biarkan aku keluar seorang diri bila hari dah senja...Lebih memburukkan keadaan bila aku tak dapat dihubungi....(Tengah bawak motor, tak dengo bunyik henpon)...


Now, sedarlah aku bahawa anak perempuan nih tak boleh nak bebas-bebas sangat. Balik sesuka ati, keluar rumah sesedap rasa je. Ahh, lebih buat aku tacing bila abang aku tak keberatan nak hantar aku pergi sekolah bila aku terpaksa bertugas waktu malam....Hati-hati. Bahaya ada dimana-mana.