Friday, July 27, 2012

Calon-calon pilihan hati

Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Bulan puasa nih la baru ter-rajin/ter-ingin nak mencuba resepi itu, resepi ini sebab bila tengok gambar-gambar makanan terasa sedap semuanya.


Hari tu (Isnin), teringin sangat nak makan kek cokelat yang bertopping cokelat cair.Perghh,tetiba mengidam. Memandangkan dah beso panjang, kalau nak makan pape HARUS lah google resepi & masak sendiri or boleh jugak beli sendiri kat kedai. Tapi, sejak umur makin bertambah nih, makin berminat la pulak nak cuba jaya resepi-resepi dalam blog masakan.

Mana taw kot-kot puasa nih puasa terakhir sebagai orang bujang, tahun depan senang la kalau nak masak yang best-best untuk suami tercinta sebab dah praktis dari sekarang....Haha.....berangan je Cj nih kan?

Target nak kawen umur 25 tahun tapi sampai sekarang belum ada perancangan nak berkahwin pon...Sekadar target tanpa calon & perancangan, takkan jadi realiti la kan?? But, Allah Maha Kuasa....Dia lebih tahu yang terbaik untuk Cj.So, tenang-tenang aje.

Bila balik daripada kenduri saudara-mara, mak selalu la jugak cerita: sepupu yang tu dah bawak calon jumpa keluarga.....sepupu yang ni pon dah kenalkan calon suami kat keluarga....but me?? -Nobody- Haha, nak jemput kawan lelaki datang rumah pon 'berat' sekali. Selalunya, dorang datang secara mengejut. Taw-taw je 2,3,4 bijik moto/kereta dah sampai kat depan rumah....Memang terkejut sesangat. Well, i kan pemalu. Sungguh tak reti nak sembang or bergurau lebih-lebih dengan lelaki in real life. haha.

Aha, masa mengajar hari tu budak-budak ada la jugak tanya "rumah cikgu kat mana? Saya nak datang rumah cikgu." Tapi selamba je Cj jawab "rumah cikgu kat Perak"...Terdiam budak-budak tu... ( rindunya kat budak-budak comel tu.)...


Berbalik kepada kisah kek coklat tuh. Alhamdulillah menjadi la jugak. Kek bentuk bulat. Separuh bulatan hantar kat rumah abang. Bagi adik-adik makan. Separuh bulatan lagi untuk orang kat rumah makan. Mak tak suka topping. So, kek yang separuh dibelah lagi sekali. 1/4 dicurah coklat cair. 1/4 lagi dibiarkan tanpa topping. Kek= butter+gula+coklat+telur=lemaqueue=lemak beratur..ish..ish..

Lepas nih plan nak buat biskut pulak. "Calon-calon" biskut yang berjaya menambat hati dah pun disenaraikan. Cuma, memerlukan kerajinan + kegigihan untuk membeli barang-barang dan membuatnya sekaligus menjayakan misi membuat biskut raya buat pertama kalinya. Haha.


Ok. Selamat berpuasa semua. Semoga dapat puasa penuh. Hehe.