Tuesday, July 24, 2012

Akhirnya tercapai jugak impianku.....

Assalamualaikum
Masa yang busy dah berlalu. Aku suka busy. Bila busy, tak sempat nak fikir atau ingat perkara yang berlalu yang boleh menyebabkan emosi hanyut dalam kesedihan. 

Minggu-minggu busy bergelar seorang cikgu ganti yang ditugaskan mengajar subjek Sains dari pagi hingga petang merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga. Namun, saban waktu aku berdoa agar jangka waktu sebulan berlalu dengan cepat. Alhamdulillah, akhirnya dimakbulkan Tuhan. Biar apa yang orang lain fikir mahupun cemuh, aku tetap aku. Hanya aku yang merasai apa yang aku lalui. Bukan aku tak suka mengajar tapi ada perkara lain yang membuatkan aku kurang betah berlama-lama di tempat aku mengajar sebelum ini. 

Aku sangat suka mengajar. Sabar hari, aku berusaha memperbaiki cara penyampaian aku sewaktu mengajar. Sebagai guru ganti yang tak pernah mengajar, aku akui terlalu banyak kelemahan aku. Pertamanya, aku harus menarik minat pelajar untuk belajar. Mereka pasti bosan andai aku asyik menyuruh mereka menyalin nota yang aku tulis di papan putih. Aku cuba baiki. Aku kaitkan pengajaran aku dengan alam sekeliling. Ya ...Sains = kajian tentang alam sekeliling.

Aku amat bersyukur bila seorang budak lelaki berkata "Cikgu, saya faham apa yang cikgu ajar." dan dapat menjawab soalan dengan tepat apabila aku bertanya soalan berdasarkan pelajaran yang telah aku ajar pada kelas sebelumnya....Syukur, ya Allah. Tapi, malangnya aku tak sempat ingat nama pelajar tersebut. Aku cuma teringat senyuman manisnya & sengihan nakalnya. Ahh, rindu mula bertandang dalam diri. Padahal baru beberapa hari aku ditamatkan perkhidmatan di sekolah tersebut.

Malam rabu yang lalu, aku bersengkang mata, bertungkus-lumus menyediakan Alat Bantu Mengajar untuk kelas pada hari Khamis. Penat. Malah tersangat penat dan cuma berpeluang untuk tidur beberapa jam sebelum bangun meneruskan perjuangan pada hari Khamis. Pada pagi Khamis, aku ke sekolah seperti biasa bersama-sama dengan Alat Bantu Mengajar yang telah berjaya aku siapkan dan juga hadiah-hadiah berupa coklat hasil tanganku sebagai hadiah untuk anak-anak didik yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Kalau ikutkan, jadual pada hari Khamis memang sangat padat. Aku perlu mengajar selama 7 waktu daripada 10 waktu untuk satu hari. Namun, aku agak terkejut apabila Pen. Kanan menyuruh aku memulangkan semula buku Rancangan Mengajar kepada guru yang aku ganti. Tanpa notis. Tanpa pemberitahuan awal. Aku rasa sangat terkejut tapi aku tak mudah melatah. Aku anggap, doaku telah dimakbulkan Allah.

Menurut cikgu yang aku ganti, dia memang sepatutnya datang pada hari tersebut memandangkan dia memang mohon cuti sehingga tarikh tersebut, sedangkan Pengerusi sekolah beritahu aku bahawa guru tersebut bercuti selama sebulan. Aneh bukan? Ya, memang aku berharap jangka waktu sebulan berlalu dengan cepat tapi aku agak terkilan dengan cara pihak pengurusan menangani isu ini. Pada hari Khamis, aku hanya ditugaskan menjaga kelas-kelas yang sepatutnya diajar oleh guru yang MC pada hari tersebut. Perkara yang membuatkan aku terdiam terus bila dah takde tempat untuk aku duduk di dalam bilik guru tersebut. Maka, perlukah aku berlama-lama lagi disitu???
Aku gembira dalam keterkilanan. Aku terkilan sebab terpaksa mengorbankan janji aku pada anak-anak didik. Aku telah berjanji untuk membuat eksperimen hari Khamis dan Jumaat. Segala bahan dan barang telah aku sediakan...Akhirnya bahan & barang tersebut aku serahkan pada cikgu Sains kelas lain. Cikgu tu mengajar kelas anak buah aku. Cikgu tu kata, budak-budak enjoy bereksperimen & adik aku pun nampaknya hepi....Tapi, kesian anak-anak murid kelas aku... Maafkan cikgu...

Hari Jumaat, aku datang sekolah. Bukan untuk mengajar. Cuma untuk memulangkan buku-buku  sekolah yang aku tertinggal kat rumah. Syahdu je rasa bila anak-anak didik melambai-lambai dari dalam kelas. Aku pergi tanpa pamit. Aku berlalu dengan cepat sebab aku malas nak mengganggu  waktu P & P.... Cikgu doakan semoga kalian berjaya dunia & akhirat.....Again, aku suka mengajar. Aku suka budak-budak..

Aku tetap bersyukur, akhirnya tercapai jua impian aku untuk bergelar 'cikgu' walau untuk sekejap cuma.