Monday, June 18, 2012

Siapakah yang mengajar kamu masak sayur bendi yang paling sedap di planet bumi? -My Dad-

Assalamualaikum
Semalam Hari Bapa tapi Cj tak bagi apa-apa pun buat si bapa. Cuma tapau Nasi Goreng Ikan Masin  feveret si bapa untuk di kongsi seisi keluarga, itu pun ada orang yang belanja. Hakikatnya hari - hari ialah Hari Bapa. Kalau nak dihitung jasa bapak, memang takkan dapat dihitung & di-recall satu persatu. 

Minggu depan, genap umur bapak 76 tahun (kalau ikut IC). Alhamdulillah, bapak masih sihat & kuat untuk beribadat. Masih boleh memandu. Masih boleh senyum. Masih boleh jadi ketua keluarga yang terbaik. Cj paling suka bertukar-tukar pandangan dengan bapak. Kebanyakannya hal ehwal agama sebab ilmu Cj seciput cuma.

Biarlah orang kata bapak 'tak sporting' - tegas -asyik ada yang tak kena -sebab bapak tegur ikut skema agama. Kalau bapak tak tegur kat 'sini', kat 'sana' nanti bapak yang kena 'tegur 'dengan Allah. Kesian bapak nanti ... 

αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu.. Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα.. dan αpαbilα IBU kita menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα.. Wahai Anak.. Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa kamu maka jangan kamu menyusahkan mereka. Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka maka jangan kamu membuat mereka sedih. Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum maka jangan kamu membuat mereka menangis Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka maka jangan kamu kecewakan mereka.-Facebook.

# Cj harap Cj berjaya 'ditemui' oleh seorang lelaki yang tegas-berjiwa pemimpin-yang layak dihormati kerana ilmu dan kepimpinan-bukan semata kerana rupa & harta dunia -kerana  Cj amat suka dipimpin dan dinasihati. Kalau boleh biarlah Perakian sebab taknak risaukan mak & bapak. Ngeh2. Tak payah nak romantik, gedik sangat eyh. Rimas...Amin... (mari sama-sama Amin-kan doa Cj)..