Friday, June 15, 2012

I miss you

Assalamualaikum
Hari ni Cj nak bercerita tentang kawan. Cj ada kawan walau tak ramai. Cj suka berkawan walau kadang-kadang tak sempat hafal nama kawan. Sebenarnya, tak boleh nak bergantung atau terlalu berharap pada kawan. Maka sebab itulah, masa susah atau masa senang, Cj lebih suka bergantung harap pada Allah.

Hurm, Cj ada kawan. Selalunya, bila masa diorang dilanda kesedihan, diorang akan call & mengadu itu ini. Masa dorang hepi, selalunya senyap sunyi takde khabar berita. Korang rasa, Cj kecik hati tak? Jawapannya TAK. Cj bersyukur sebab diorang percaya Cj boleh jadi pendengar & kawan  untuk menenangkan diorang masa tengah susah atau sekadar menjadi tempat mencurahkan perasaan sedih.

Kalau kawan-kawan tak mesej/contact kita, bukan bermakna diorang lupa kat kita. Mungkin kekangan masa ditambah dengan tanggungjawab yang makin bertambah. Sebagai sahabat, selalulah mendoakan sahabat-sahabat kita.


#kalau rindu kat sahabat, boleh la SMS. Kalau rindu kat ex-BF, nak buat ape ek? Astagfirullah-al-azim..
...Cj tido je.