Saturday, June 23, 2012

Demi Masa

Assalamualaikum
Sebenarnya, susah juga nak buat keputusan untuk 'menerima' seseoarang. Puas beristikharah, tapi hati masih ragu untuk menerima. Hati masih gundah gulana. Lalu, memutuskan untuk menyendiri tanpa 'teman' lelaki ajnabi kerana lebih selesa begini buat sementara waktu ini. Bukan tidak berkeinginan untuk punya suami, malah sering bercita-cita mahu anak-anak yang bakal mendoakan kesejahteraan diri. Namun, detiknya belum tiba kerana perkahwinan itu bukan hubungan jasad semata tapi pertalian hati antara dua insan yang sama-sama berlapang dada untuk membina jambatan ke syurga.

Kalau boleh, biarlah luka yang lama betul-betul sembuh dahulu kerana saya tidak mahu menzalimi insan lain. Sedang hati masih ada hati/merindu yang dulu, manakan dapat 'menerima' orang baru lalu menyayangi nya seikhlas hati. Tidak! Saya belum mampu untuk melupakan yang dulu. Tapi, saya yakin MASA akan memadamkan segala kisah lama. Yeay...I can be positive but sometimes the negative charges always revolves around myself. Aha, biasa la kan..perempuan... Masalah perubahan hormon...Terlebih hormon tu, terkurang hormon ni...So, fahamilah kami andai ingin difahami.




Saya bukan terlalu memilih. Tapi saya ada prinsip. Saya memilih berdasarkan prinsip. Saya pernah cuba mengetepikan prinsip dengan harapan hati lebih tenang. Tapi, sebaliknya berlaku. Maka itu, saya kekal dengan prinsip saya yang tak perlu diberitahu umum.

Semoga hati saya terus tabah. Terus kuat. Biarpun saya sendiri tanpa ada pakwe yang boleh dikongsi rasa mahupun masalah diri. Saya tetap/masih ada DIA, biar 1000000 orang mencemuh saya. 

Buat adik-adik: Bercinta tak salah. Berkapel (berdua-duaan) tu yang salah. Jaga hati. Jangan terlalu berharap, nanti kecewa. susah nak diubati.