Saturday, June 9, 2012

Cinta Lama berputik kembali....Yeay

Assalamualaikum
Yeay..Cinta lama berputik kembali...but its not about cinta=coupling or dating. I mean, cinta baru= Scrabble, Cinta lama= Teka Silang Kata. Alkisahnya, baru-baru ni tergerak hati beli majalah Solusi yang hanya dapat dibeli setahun beberapa kali je. Majalah tu bagus. Benda yang bagus, mahal harganya dan saya tak mempertikaikan harga majalah tersebut. 

Belek-belek, baca dari depan ke belakang, kemudian baca dari belakang ke depan. Then, baru lah terperasan ada page Peraduan Teka Silang Kata. Memandangkan kamus dah depan mata, masa pulak memang sentiasa ada, maka teruslah berteleku mengadap halaman tersebut dan membelek-belek kamus Dewan dan Kamus Online. Beberapa jam kemudian,berjaya diselesaikan, esoknya berjaya dipos. Kalah ke menang, itu cerita lain....(Tapi,doa-doakanlah Cj menang ye)...

Sebelum ni Cj pernah cerita, Cj suka masuk peraduan teka silangkata Majalah Dewan Siswa & Fokus SPM masa zaman sekolah Menengah. Dah banyak kali hantar penyertaan tapi tak menang. Ada 1,2 jawapan yang Cj jawab kurang tepat maka terlepas peluang nak menang. Yeay, never mind as long as i have try to solve it and enjoy it. Masa zaman kolej (Kolej MARA Kulim), ada juga masuk peraduan teka silang kata. Alhamdulillah menang. Dapatlah hadiah kenang-kenangan zaman Matrik. Bila masuk U, memang tak pernah langsung cuba menjawab atau menyelesaikan silang kata. 

Dah akhir-akhir zaman kat U berjinak-jinak pulak dengan Scrabble kat FB. Dalang disebalik hobi baru nih ialah si RutiKeben (Ben10). Haha, dah boring blogging, kitorang men Scrabble pulak. Tapi sekarang Ben10 dah senyap sepi. So, Cj selalu lawan dengan strangers je la... Wee...sejak akhir-akhir ni asyik kalah je, mungkin sebab dah boring. Dah malas nak susun strategi. Main sekadar main je, akhirnya kalah dengan bergayanya...agak-agak dah memang akan kalah or tak sempat nak 'kejar', Cj tekan je la button 'forfeit'... Hehe, sorry Ben10 sebab berdegil walau kaw penah pesan jangan sekali-kali tekan button 'forfeit' or mengalah sebelum habis berjuang tapi aku tekan jugak button tu sebab aku taknak kena potong markah...dll...

Ok lah, malas nak bebel. Sebenarnya Cj study tajuk : Muslimah Sejati sejak pagi tadi. Now, dah nak Maghrib. Cj pernah janji dengan diri sendiri...Cj nak tutup aurat dengan sempurna. Takde paksaan dari sesiapa cuma cemburu pada mereka yang berjaya istiqamah menutup aurat mereka dengan sempurna a.k.a pakaian syurga... Pakaian luaran bagus. Akhlak bagus...Ikhtilat terjaga. But me??? Masih sombong macam dulu jugak sebab pendiam dan  kaku dalam pergaulan... Ok,sekian.