Thursday, May 31, 2012

Saya suka jadi Mak Su

Assalamualaikum
Usaha tangga kejayaan. Allah tak nilai kejayaan kita tapi Allah nilai USAHA & KEGIGIHAN kita. Yakinlah bahawa setiap doa yang kita pohon akan dimakbulkan Allah bila sampai masanya. Bila dimakbulkan; itu semua kerja Allah, kerja kita adalah berusaha dan berdoa.

Fuhh, intro mendayu-mendayu macam tengah pujuk anak yang dalam kesusahan je kan? Haha, hakikatnya i tak kawen lagi tapi i dah ada 25 orang ANAK BUAH. So, haruslah menimba ilmu keibubapaan untuk menghadapi karenah anak-anak supaya dapat lebih memahami mereka. (Poyos je...padahal selalu je kena buli dengan anak2 buah...help me...help me...)

Mak Su. Actually, saya suka sangat dengan nama "Su"...Nampak lembut plus teringat kat Teacher Suzila yang sangat-sangat dirindui dan disayangi. Beliau sangat lembut & prihatin kat anak murid & tak pilih kasih. Then, bila ada akak yang mengajar anak dia supaya panggil saya Mak Su, wah, saya sangat suka... Nampak macam lembut je...Haha, walaupun tak la lembut pon. Ah, tak kira, yang penting saya suka dengan title Mak Su. 

Ok,sekian. Cerita takde faedah. Sayangilah anak-anak anda. Mereka mutiara yang berharga yang tak dapat diperolehi dari dalam cengkerang tiram di lautan... :)