Monday, May 28, 2012

kamon laaaaa....

Assalamualaikum
Kamon la, hentikanlah kata yang pakai kopiah tu "ustaz" or yang pakai tudung labuh tu "ustazah" (dengan nada nak perli orang). Biarlah dia nak pakai kopiah, puji sikit bagi semangat bagus juga.


***Sesungguhnya untuk berubah agak mudah tapi untuk istiqamah perlu KEAZAMAN yang TINGGI. Aku masih mengumpul keazaman itu....Semoga makin bertimbun dan bukan makin berkurang ditiup angin duniawi yang nampak je indah, namun hakikatnya tak bernilai 1 sen pon....

First and foremost, kena ubah perangai dulu...Since ada orang kata, muka tak tally dengan perwatakan... Maka,saya berniat (huh,bila ntah nak tunaikan) untuk berubah supaya wajah seiring perwatakan.

Second, penampilan harus dijaga. Erk, bukanlah penampilan sebenarnya. Tetapi AURAT. Auratku, maruahku. Sebenarnya, bila aku masuk kolej barulah aku tahu tentang aurat dengan abang ipar & sepupu. Then, bila dah tahu & nak berubah secara drastik tu memang agak berat & belum konsisten. Cuma tang bersalam-salam je memang aku jaga.

Untuk rujukan bersama
Artikel menarik untuk dibaca: Perbetul niat menutup aurat: Penampilan Refleksi Akhlak

**Semoga Allah sayang kita semua...Amin...