Thursday, May 3, 2012

Jadilah diri anda sendiri

Assalamualaikum

Hidup umpama ais-krim...Nikmatilah ia sebelum cair...

Yeay, i've successfully done making homemade ice-cream. Sedap ke tak sedap , belakang kira. Yang penting saya dah mencuba & my adik like it. Struktur dia lebih kurang macam ais-krim  colet a.k.a ais-krim yang dijual oleh penjual ais-krim di tepi pantai... Hurm, maybe sebab dah takde makanan lain yang boleh dimakan, sebab tu dia syok je makan ais-krim tuh. Makan dengan roti,so jadilah ais-krim roti... Gambar takde & segan nak tunjuk kat orang. So, share cerita je la... 

Next week, sambung bereksperimen di dapur lagi... Entah kenapa, mak sangat excited suruh belajar buat itu, buat ini, masak itu, masak ini...Lepas tuh, mak suruh jual... Sebelum nih, kitorang bergotong-royong tanam anak pisang tanduk. Lepas tu nanti, buat projek kerepek pisang tanduk pulak kot. Bila buat itu, buat ini kat kampung, makin susahlah mak nak 'lepaskan' anak lastnya ni . Kenapa ntah. Kalau ikutkan, anak last nye nih bukanlah rajin sangat kat rumah. Tahunye nak duk rileks je. Setakat tolong benda-benda basic je la. Basuh baju(guna mesin), masak-masak, sapu sampah....hal-hal lain, mak jugak yang kena buat. Kalaulah anaknya ni rajin sangat, logik la jugak kalau mak susah nak 'lepaskan'...Kan?Hurmm...Entahlah...

Kalau sebelum-sebelum nih, selalu la jugak keluar beli barang-barang dapur. Tapi, sekarang nih, dah hampir genap 2 minggu, anaknya nih tak keluar gi kedai mahupun ke bandar. Ahaha, betah sungguh duk rumah... Pernah jugak makcik belakang rumah kitorang nih meluahkan rasa peliknya terhadap perlakuan ku. Orang lain sakan keluar jumpa kawan-kawan, aku selamba je 'mengeram' dalam bilik... Dalam bilik ada banyak buku. Bila dah terpaut dengan satu buku, memang betah la duk rumah berminggu-minggu pun.

Ah, aku paling suka bila adik-adik balik. Layan karenah dorang. Walau aku salu jerit-jerit sebab geram ngan perangai dorang,  normallah budak-budak... Kalau tak banyak ragam memang tak normal lah.

Ok... Selamat Malam Jumaat...