Tuesday, May 22, 2012

3 kali 8 sama dengan 888

Assalamualaikum
Malas sungguh nak update belog. Kan dah tulis kat tepi tuh "membizikan diri dengan alam realiti."... Hehe, memang bizi pon. Ke hulu ke hilir, mencari peluang, menimba ilmu, mengumpul wang. Harap-harapnya sikit-sikit lama-lama jadi bukit tapi busut pon tak kelihatan. Hehe, kalau dah dapat duit, otak ni aktif je berjalan. Nak beli kasut, beg, baju...tapi pikir punya pikir akhirnya jelaskan dulu bil api & air, lebihnya nanti bolehlah beli benda lain...

Betul la kata bapak, bila duit dalam genggaman, yang baik boleh jadi jahat...yang jahat bertambah jahat, tapi aku nak jadi yang jahat kepada baik. Wahaha,aku ada impian. Dari dulu lagi. Eh, bukan impian aku sorang tapi impian mak n bapak. Bapak lebih-lebih lagi la sebab bapak yang pilihkan nama untuk aku sekaligus me-reject nama yang akak aku cadangkan untuk aku.

Betul la kot, nama tuh boleh jadi doa. Lebih-lebih lagi doa mak. Aku malas nak cerita tentang doa & harapan mak. Cukuplah sekadar aku je yang tahu & mudah-mudahan Allah kabulkan doa mak bapak aku & ikhlaskan hati aku unuk menjadi apa yang mereka mahu. Benda yang baik, aku tak keberatan untuk berusaha menunaikan impian mereka. Walau aku ada sikit sifat degil umpama kotoran degil di pinggan, sekali zapp je, kotoran hilang...

Macamana dengan kehidupan korang? Aku harap,korang-korang baik-baik je. Aku tak jeles kalau korang bahagia. Malah, aku suka sangat sebab bukan best pon hidup dalam derita sebab aku pernah rasa. Tapi, aku harap korang tak leka bila bahagia. Bahagia tu tak semestinya bila kaya. Korang cari la sendiri maksud bahagia. Antara kita mungkin berbeza pandangan tapi matlamat kita haruslah sama: Mencari keredhaan Ilahi.

Ok, sekian.



Follower ke 888: Cj cadang nak bagi hadiah cokelat. Harap2 follower tuh dari Perak.