Saturday, April 7, 2012

Target

Assalamualaikum
Korang perasan tak perubahan dalam belog nih? Kalau tak perasan,meh Cj bagitaw. Cj dah tukar header belog nih. Masih mengekalkan konsep comel dan simple, cuma tambah ayat feveret Cj kat atas tu. Ayat poyo but nice,rite? (sengih)...

Header nih tiada kaitan dengan target untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bukan taknak kawin, cuma masanya belum tiba. Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat murni dan disebabkan Ke-MURNI-an tersebut, Cj taknak tergesa-gesa/ terlalu memikirnya buat masa sekarang. 
Sebenarnya, target ialah sasaran...Kita kena ada sasaran untuk mencapai/menggapai sesuatu. Kita perlu berusaha untuk merealisasikan sasaran kita. Biarpun mungkin nanti kita tersasar daripada sasaran, kita akan tetap berpuas hati kerana kita sudah berusaha dengan sesungguh-sungguhnya.

Namun, jika kita hanya mempunyai target tanpa berusaha menggapainya, ia diibaratkan "nak makan nugget  dan nugget sudah ditangan tapi tidak disuap ke mulut & dikunyah....nak harap orang lain suap ke?"... 

Bila fikir tentang target, memang meresahkan hati. Tapi, ingatlah selalu bahawanya Allah tidak memandang pencapaian kita, tapi Allah nilai tiap usaha kita... Maka, kawan-kawan yang selalu stress bila tak mencapai target, pujuk-pujuklah hati...

Andai kita fikir kita sudah melakukan yang terbaik untuk mancapai target kita, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaik buat kita. Allah yang terbaik. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Besar... 

Kecewa orang bertuhan dengan kecewa orang yang tak ingat tuhan, takkan sama. Orang yang ingat Allah, kecewanya sebentar cuma. Lantas, bersegera mengadu kepada Allah SWT. Mohon dipinjamkan kekuatan dan ketabahan agar nampak kuat dimata manusia hakikat sebenarnya dia lemah dihadapan Allah...dia merintih,merayu pada Allah yang Esa...

Ayuh kawan-kawan,bangkit daripada kesedihan/masalah dunia. Hadapi hidup dengan tabah dan carilah ketenangan dengan cara yang betul dan benar. Ceriakan hati. Maafkan semua orang. Kalau tak dapat nak tolong orang, tolonglah jangan kacau orang... 

Akhir sekali, Cj nak bagitau bahawa hidup Cj bukanlah indah sangat. Cj dah lalui banyak kekecewaan, keterkilanan,kesedihan & kadang-kadang tak berani nak tunjuk muka depan orang sebab rasa rendah diri sangat....But Alhamdulillah. Allah guide me. Allah show me the right path.

Dalam hidup Cj, perkara yang paling membahagiakan ialah KETENANGAN HATI & KEREDHAAN ILAHI.... Redha Allah bersama dengan redha ibu bapa kita...
I fall, I rise, I make mistakes, I live, I learn, I've been hurt but I'm alive. I'm human, I'm not perfect but I'm thankful...

Alhamdulillah For Everything !!