Tuesday, April 3, 2012

Susah ke senang ke, yang penting hidup bersama.

Assalamualaikum
Sebenarnya, saya sangat sayang keluarga saya. Hidup kami sederhana dan saya amat berterima kasih pada masa lalu saya yang penuh dengan kenangan yang berharga. Dulu, cuma lampu pelita yang menerangi rumah kami yang cukup-cukup untk satu famili.

Kadang-kadang, kalau ada rezeki lebih, dapatlah kami menumpang sinar dari lampu gasolin nan satu yang cahayanya seterang lampu kalimantang. Ya, setahu kami, cuma keluarga kami yang masih berpelita pada masa itu. Nak iron baju? Owh, kami ada iron antik yang perlu guna arang untuknya berfungsi. Terima kasih akak-akakku kerana tak pernah merungut meng-ironkan baju sekolahku. Nak basuh baju? Kalau dah memang takde elektrik kat rumah, jangan haraplah nak ada mesin basuh. Terima kasih lagi sekali buat mak & akak-akak yang tak pernah mengabaikan pakaian yang kotor. Nak tengok TV? Kami ramai-ramai pergi rumah jiran sebelah untuk tumpang tengok perlawanan Piala Malaysia live dalam TV1.Nak masak nasi? Guna aje lah dapur gas & of courselah nasik yang saya cuba masak selalunya hangit. Hehe...Maaf mak...Kerana cuai, kita semua terpaksa makan nasi hangit.

Bertuahnya saya kerana sempat melalui zaman itu walau sekejap cuma. Ya, benar kata akak-abang, saya lebih bertuah berbanding mereka. Tapi, tidak pula saya berniat nak mendabik dada, cuma lebih rasa bersyukur dengan kurniaan DIA. Daripada tiada elektrik kepada ada elektrik. Daripada tiada telefon,kepada ada telefon. Daripada rumah yang cukup-cukup untuk kita sekeluarga, sekarang cukup untuk menampung sembilan buah keluarga...

Owh, masa zaman sekolah, orang selalu sangka saya anak orang kaya. Mungkin kerana beg sekolah berjenama, pensel picit jenama pilot, bekas pensel stabilo, pensel warna ada macam-macam jenama, baju sekolah bergosok sentiasa...padahal, semuanya jasa & sumbangan kakak-abang yang tak pernah abaikan saya. Ya, demi mereka, saya tak pernah putus asa untuk berjaya. Tapi, sedih ... kenapa bila dewasa, semangat saya tak seperti dulu kala. Ahh, mungkin angkara syaitan durjana. Leka saya dalam ulitan dunia yang penuh sandiwara....

Buat abang-akak yang saya sanjungi, doa buat kalian tak pernah dilupakan. Moga kita semua dirahmati Tuhan.

#Karangan inspirasi daripada sebuah lampu gasolin..