Sunday, April 29, 2012

Sedangkan diri tak sebaik Khadijah, tak pernah ku damba insan semulia Muhammad...

Assalamualaikum
Pelik kadang-kadang bila si kakak membuka topik tentang jodoh dan bukan aku yang memulakannya. Katanya 'bersabarlah'...Padahal aku tidak langsung menunjukkan tanda-tanda 'terdesak' mahu berlaki, malah ku tolak cadangan si kakak-kakak yang mahu mencarikan jodoh untuk aku....

Kata kakak lagi, "jangan terburu-buru"... Aku makin pelik kerana aku tidak pernah langsung membicarakan secara terbuka soal hati dan perasaan pada si kakak. Cuma aku terlalu suka mendengar cerita cinta si kakak yang telah bahagia berumah tangga. 

Seusia aku, kakak-kakak ku telah bergelar isteri dan ibu. Aku bahagia melihat kebahagiaan mereka namun tiada langsung perasaan cemburu kerana aku tahu, aku masih belum layak untuk menyandang gelaran-gelaran itu. Bukan aku TAK MAHU mengikut sunnah nabi malah aku terlalu yakin bahawa Allah telah menetapkan seseorang buatku cuma aku masih belum bertemu 'seseorang' itu.  
 

Mungkin ada yang menyangka bahawa aku ini terlalu memilih. Hah, siapalah aku ini untuk menjadi insan yang terlalu memilih. Sedangkan diri tak sebaik Khadijah, tak pernah ku damba insan semulia Muhammad... 

 

Note: Malam tadi 28/April/2012, Bro Z belanja pizza PizzaHut sempena meraikan ke-jaya-an adiknya ini. Alhamdulillah.