Tuesday, April 24, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum
Banyak perkara yang bermula daripada 'pertama kali'. 'Pertama kali' adalah permulaan yang mencipta sebuah pengalaman. Adakalanya 'pertama kali' adalah suatu pengalaman indah, adakalanya 'pertama kali' adalah sebuah mimpi ngeri yang menghantui minda kita.

Pertama kali jatuh cinta, kita merasakan hidup ini sangat indah dengan hadirnya insan yang mencintai kita.  Dicintai oleh insan yang kita tidak cintai adalah satu anugerah yang patut kita hargai. Kita boleh belajar untuk mencintai selagi mana kita merasai cinta yang diberi.Namun,dicintai oleh insan yang kita cintai membuatkan jiwa kita lebih berbunga-bunga. Rasa bersemangat sentiasa. Hah,intulah indahnya cinta pertama.

Bukan untuk dijual tapi untuk dikenang
Berbeza dengan kali pertama putus cinta. Ahaha, sakit tapi sebenarnya juga anugerah. Anugerah dan pengajaran buat kita dan menjadikan akal lebih jauh meneroka tentang hidup yang tak selalunya indah.
cute sangat
Owh,sebenarnya bukan nak bercerita tentang cinta Adam & hawa semata-mata. Ada banyak lagi kategori cinta. Salah satunya adalah cinta/sayang/kasih sesama ahli keluarga.I love my family and i really do.

daripada adik-adik tersayang
Yeah, ceritanya adalah tentang pertama kali dapat bear. So sweet.