Monday, April 30, 2012

Menyahut seruan azan

Assalamualaikum

Selamat datang Mei. Macam tak percaya. Dah masuk bulan 5. Dah hampir empat bulan terperuk di daerah sepi ini. Dah hampir empat bulan berakhirnya kisah kau dan aku. Bulan Mei bakal ada macam-macam peristiwa. Bersusun tarikh hari lahir anak-anak saudara. 

Semuanya bergerak pantas. Aku juga yang masih mengengsot-ensot mengejar cita yang jauh berbalam-balam. Tak jelas kelihatan. Entah dapat dicapai entahkan musnah dalam perjalanan. Aduhai. Fikiranku buntu. Semua orang berharap aku sabar padahal hati aku meronta-ronta. Merintih. Menangis. Ibarat memegang senjata tapi tak dapat bertindak kerana tangan bergari. Ya Tuhan, sampai bila aku harus begini...Aku mahu berhijrah... Aku mahu belajar hidup sendiri. Aku tak rela terus ditakluk dan tak dapat berbuat apa-apa...Aku tak dapat mengadu pada manusia kerana akhirnya nanti, mereka tetap mahu aku terus begini.

Ya Tuhan...sampai bilakah...Aku tak sanggup nak berdegil dan aku akhirnya belajar untuk pasrah...Hakikatnya aku tak rela. Aku jauh hati dengan pandangan-pandangan manusia yang menganggap aku tak berguna....terus-terusan di zon selesa.Ya Tuhan, bukakanlah jalan untuk aku mengejar kejayaan sebagaimana seruan azan hai-ya-alal Falah....

Malam ini aku terasa sangat sedih. Aku mula memikirkan, sampai bila aku harus di sini. Sampai bila aku harus begini. Aku takut nanti, aku membenci orang yang wajib aku kasihi dan sayangi. Ya Tuhan, aku yakin Kau dengar isi hatiku. Aku yakin Kau selalu ada di sisiku. Sejak aku kecil, aku sering merasakan keberadaan Kau di sisiku. Mungkin aku masih kecil untuk mengerti dan memahami kepentingan DOA dalam hidup sehari-hari. Namun, kini baru aku tahu bahawa doa orang yang teraniaya itu sangat makbul doanya. 

Pernah waktu kecilku, aku menangis kesedihan, kerana aku sering dipinggir. Aku tiada tempat untuk mengadu melainkan berdoa pada Dia. Sering juga aku mencoret di atas kertas ,meluahkan ketidakpuasan hati aku dan berharap orang lain tahu. Lalu,ku tinggalkan kertas tulisanku di tempat yang mudah dilihat ahli keluargaku.Ahh,betapa tak matangnya aku...Baru darjah tiga, memang masih tak matang saat itu.Aku sedar bahawa aku tak comel-tidak seperti kanak-kanak lain. Aku sedih bila mengenang kisah kanak-kanakku. Sebab itu aku ingin segera dewasa...

Tapi,kenapa bila dewasa....aku masih ditakluk mereka? Sedegil-degil aku, aku tetap takut untuk ingkar kerana aku mahukan KEBERKATAN..... Ya tuhan, berikan aku peluang untuk berhijrah mengejar kejayaan.... menyahut seruan azan....