Sunday, April 1, 2012

Hari demi hari, masalah datang dan pergi, Keimanan sentiasa teruji,Sebutlah ”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” kerana sesungguhnya dari DIA kita datang,kepada DIA kita akan kembali.

Assalamualaikum
Saya suka dengan kata-kata yang pernah saya baca sebelum ini. Ayat tersebut ialah:
 You never know how STRONG you are until being STRONG is the only choice you have.
Kita tak tahu sejauh mana keTABAHan kita sehinggalah kita tak punya pilihan lain selain daripada menjadi TABAH. 

Saya ada seorang kawan yang suka bergurau kasar yang pada mulanya saya sering terasa hati tapi lama-lama saya sangat bertuah  dapat berkawan dengannya kerana kata-katanya yang agak kasar telah berjaya mengubah saya menjadi orang yang tahan dengan teguran dan pujian dan makian. Kata dia, saya ini penyabar,tapi mudah marah bila dicabar. Aha, saya dengar dan mula menyemak diri. Mungkin ada benarnya dan harus salah sangkaan tersebut. Saya suka untuk mengingatkan diri saya supaya : Jangan lakukan apa yang orang lain kata, dengar sahaja, malah buat apa yang anda rasa betul. Jangan beri peluang kepada orang lain untuk mengawal kehidupan anda.

Kadang-kadang hidup ini indah sangat, kadang-kadang terasa hambar dan suram dan kadang-kadang pula kita takde apa-apa perasaan terhadap kehidupan yang sedang kita lalui. Dugaan yang kita hadapi dan lalui, takkan sama dengan orang lain kerana Allah telah menentukan qada-qadarNya buat kita.

As an adult (haha,perasan je),suka untuk saya mengingatkan adik-adik supaya whatever happen, kita rujuk rujuk kembali matlamat & tujuan kita hidup kat dunia ni. My dad pon selalu remind me, hidup kat dunia ini bukan untuk suka-suka melalak gelak sini sana. Matlamat menuju abadi. Syurga impian dihati. Sesungguhnya jalan-jalan ke syurga itu penuh liku dan keimanan akan sentiasa diuji. Berbahagialah kita yang sering diuji dengan apa jua ujian dari Ilahi kerana sesungguhnya:

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
“Seorang Muslim yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, tentu akan dicatat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan.” 
Dalam riwayat lain,
“…Tentu Allah akan mengangkat dirinya satu darjat atau dihilangkan daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain pula “… Tentu baginya akan dicatat satu kebaikan atau dihapus daripadanya satu kesalahan.”
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, orang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [Al Baqarah/2:155-157]

Buat adik-adik sayang,
buat kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian, (amin)
This is for you:



Sekian,
Selamat datang April.