Thursday, March 29, 2012

Saya jual Jelly kelapa Muda. Saya Tak Jual mahal. Satu singgit je.

Assalamualaikum
Minggu nih asyik gagal je percubaan untuk membuat kek karamel pelangi yang lembut-mulus-sedap dinikmati...Tapi dalam frust tuh, tetap cuba buat lagi dan lagi dan lagi dan lagi...Haha, mulut nih memang suka sangat sebut perkataan 'frust'...'kecewa'...'terkilan'... disaat gagal menggapai sesuatu. Tapi, sebenarnya hati masih cool...masih berharap...masih tak putus asa... Buktinya, masih bersemangat untuk belek-belek belog resepi & masakan sambil mencari info & mencari kesilapan-kesilapan semasa membuat kek.....Hehe...

Sama jugak hal nya dengan cinta. Even pernah putus cinta & konon-konon serik nak bercinta lagi, hakikatnya memang nak kawin & nak anak comel-comel. Hahaha...  Tapi, disebabkan selalu jual mahal, orang selalu fikir yang diri ini memilih sangat & sombong. Hahaha... Ben10 kata, jual mahal tuh terjadi bila kita memang suka orang tuh tapi kita buat-buat tak suka.... So, kesimpulannya saya tak jual mahal. Saya suka orang yang saya suka...Saya mungkin nampak sombong sebab saya tak suka senyum dengan lelaki. Haha, saya lebih suka senyum dengan budak-budak kecik, mak cik- mak cik, mahupun kakak-kakak. Lagi, saya bukan sombong cuma bukan peramah. Bergurau cuma dengan orang yang dikenali dan disayangi. Maka, sebab itulah saya tak join gathering Blogger sebab saya memang tak pandai nak bergaul tanpa batasan.

Owh ye, cita-cita terbaru saya ialah untuk menjadi usahawan yang cemerlang,gemilang & terbilang disamping menyahut cabaran cikgu Biologi saya yang pernah mempertikaikan cita-cita saya sehingga ditertawakan oleh kawan-kawan sekelas. Walau saya tak berdendam, saya akan ingat sampai bila-bila detik yang memalukan itu. Terima Kasih cikgu.

Ok, ada satu hari dalam bulan April merupakan hari yang saya & adik-adik nantikan. Adik-adik = anak-anak buah. Owh, Pesta Buku pon dinanti-nantikan jugak. Nak sangat-sangat pergi PWTC kali ini. Tapi, cuma mampu nak & berharap & merancang...Allah jua yang akan memakbulkan segala impian...Sekian, jom pergi dapur. Masak untuk lunch....Actually, i jadi BIBIK kat rumah orang kaya sekarang nih. (tipu)...

Saya tak suka berdendam tapi saya susah untuk melupakan sesuatu peristiwa yang pernah terjadi samada yang memalukan, menggembirakan mahupun yang menyedihkan. Saya diam bukan bermakna saya takde perasaan. Saya diam kerana saya takut bila saya bercakap, saya takkan dapat mengawal perasaan marah saya yang mungkin akan menyebabkan saya bercakap sesuatu yang menyakitkan hati orang lain...

Ok.