Wednesday, March 28, 2012

Minat,Cita-cita & Kehendak

Assalamualaikum
Sejak kecil, bercita-cita untuk menjadi cikgu. Bila dah habis sekolah, bercita-cita nak jadi cikgu Matematik sebab suka sangat subjek Maths. Kenapa suka Maths? Sebab jeles dengan Akiey. Dia bijak Maths. Bijak kira-kira. Sedangkan diri sendiri lebih cenderung mengarang cerita. Cikgu BM suka sangat dengan karangan yang ditulis. Oleh sebab itu, cita-cita bertambah lagi. Nak jadi penulis. Masa sekolah menengah, suka sangat menulis...Cipta puisi,pantun,cerpen... Kecik-kecik dah pandai beli novel, baca novel lepas tu mula ada diari sejak habis tingkatan 5. Bila sedih, luah kat diari. Bila gembira, tak tulis apa-apa pon.

Bila masuk kolej lepas habis SPM, selalu sangat tension. First time berjauhan dengan keluarga. Tapi, memang dah berniat.berhajat nak belajar berdikari. Nak sangat-sangat jadi perempuan yang berdikari dan pandai menjaga diri. Dulu-dulu, selalu je kecik ati bila orang lain selalu cakap yang anak bongsu nih manja, mengada-ngada & tak pandai berdikari. Hakikatnya, anak bongsu ni selalu sorang-sorang & apa-apa pun kena buat sendiri.

Sejak kecil rasa macam terpinggir sebab salu je fikir yang diri sendiri nih teruk sangat, tak cantik, tak pandai & tak disayangi. Biasalah budak-budak, suka fikir yang bukan-bukan. Tapi, dek kerana minat membaca buku kaunseling & psikologi & motivasi masa zaman sekolah menengah, mula berfikir & tergerak hati untuk berubah. Berubah untuk jadi insan yang lebih baik,tabah & matang. Ye la, anak bongsu kadang-kadang memang mudah marah, mudah tak puas hati & mudah kecil hati. Tapi, setiap orang boleh berubah,kan?

Masa zaman sekolah menengah, masa memang banyak dihabiskan dengan kawan-kawan & sekolah. Tapi, mak cukup bagus. Mak tak suka anak perempuan berkepit dengan buku semata-mata. Nak tak nak, tetap juga kena turun ke dapur. At least masak nasi atau basuh pinggan. Jangan harap la boleh lepas tangan semata-mata busy dengan kerja sekolah. NO WAY GIRL. Malah, bila ada ceramah-ceramah umum/agama kat kawasan berdekatan, mak tetap pujuk untuk turut serta walaupun masa tu kerja sekolah tak siap lagi. Alhamdulillah, bila balik dari ceramah, idea datang mencurah-curah untuk menyelesaikan masalah.

Bercerita tentang ayah, kami sekeluarga panggil Bapak. Beliau tegas tapi akak-abang kata, sejak diri ini dilahirkan, bapak dah kurang garangnya. Lebih-lebih lagi dengan anak bongsunya. Kemana pergi, mesti dibawa sekali. Seboleh mungkin, bapak cuba tunaikan kehendak si anak bongsu. Pernah suatu ketika, mintak bapak belikan buku rujukan KHB. Bapak tetap usaha untuk belikan walaupun tengah ketandusan duit. Akiey marah adik dia ni. Dia kata, subjek tu senang. Tak perlu buku rujukan. Buku teks pun dah cukup. Dia cabar, kalau tak dapat A, memang terukkkkklaaa....Rasa bersalah sangat masa tu. Mungkin cepat sangat terpengaruh dengan kawan-kawan. Kawan rapat ada buku rujukan, kita pun nak jugak...Padahal bukannya merujuk sangat pon...bazir..bazir...

Banyak lagi nak cerita tentang mak & bapak. Banyak sangat perkara yang mereka ajar tentang hidup ni. Mak terutamanya, selalu titipkan pesan itu,ini sebagai bekalan sewaktu berjauhan dari mereka. Sekarang, masih berpeluang menjaga mereka...Alhamdulillah. Diri ini masihtak dapat beri wang ringgit mahupun harta, cuma mampu menabur bakti selagi terdaya...Moga mak bapak meredhaiku dan mudah-mudahan Allah lebih redha...