Friday, March 30, 2012

Dah 3 tahun kami bercinta, hajat di hati ingin berpisah namun kerna sayang,kami masih bersama.

Assalamualaikum
Hehe, tak sangka dah 3 tahun kami bersama. Actually, tarikh sebenar ulangtahun kami ialah pada 21 Februari. Now, dah terlewat sangat untuk meraikannya. Baru hari ini teringat tentang tarikh ulangtahun. Tiga tahun! Tempoh yang cukup matang dalam sesebuah hubungan. Matang<----perkataan sensitif. Haha, bila sebut 'matang' , maka teringat kat seseorang yang selalu mengingatkan Cj supaya jadi matang, bertindak matang & fikir secara matang. Perghhh, macam senang tapi susah jugak nak buat beb. Contoh, bila dikelilingi budak-budak yang comel, yang ajak kita main kejar-kejar, layankan ajelah & mulalah main kejar-kejar sambil ketawa riang-ria. Haa, some people may think betapa tak matangnya jika berkelakuan sedemikian....kan?? Padahal, kita cuma nak membuatkan budak-budak comel tu hepi dengan kita....

Ehh,kembali kepada topik asal. Sebenarnya, usia belog nih dah 3 tahun. Didaftarkan pada 21 Februari 2009. 

Selamat Ulangtahun sayang.

Belogku sayang,
awaklah teman terbaik 
dari dulu sampai sekarang
kala suka mahupun duka
waktu marah atau berlinang air mata.

Tiga tahun kita bersama
dimulakan dengan kisah duka terluka kerana cinta
mudah-mudahan nanti diakhiri dengan entri hari bahagia
kalau bukan kawin dengan dia
tetap boleh berkahwin dengan orang lain.

Haha. Sekian