Thursday, February 23, 2012

Sabar : Sky is the limit

Assalamualaikum
Dalam hidup ini, memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Berkorban untuk mengejar cita-cita mahupun berkorban demi orang tersayang. Pengorbanan menuntut kesabaran. Berkorban bermaksud meninggalkan sesuatu/perkara yang kita sukai/sayangi demi kebahagian insan lain mahupun demi sebuah kejayaan. Pengorbanan selalunya perit. Perit dan kadang-kadang menimbulkan kelukaan mahupun kedukaan, tapi selalunya keperitan akan berbalas dengan kemanisan selagi kita sabar dan yakin bahawa ALLAH ITU MAHA ADIL.

Hehe, maaf sebab Cj membebel lagi di sini. Kadang-kadang Cj keliru dengan diri sendiri. Apa yang Cj impikan, cita-citakan mahupun yang Cj angankan jarang-jarang berlaku dalam hidup Cj. Selalunya, yang Cj dapat adalah keperitan, kepedihan dan kepayahan dalam mengejar sesuatu yang Cj impikan. Kadang-kadang keperitan terbalas dengan sebuah kejayaan tapi kadang-kadang keperitan demi keperitan terus Cj tempuh dan kebahagiaan tidak juga kunjung tiba. Kadang-kadang kita tak punya pilihan dan harus terus berjalan mengikut arus takdir hidup kita. 

Ibarat mengimpikan sebuah rumah banglo namun cuma mampu menyewa rumah teres kos rendah. Namun, harus tetap bersyukur. Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Biar dapat sedikit asalkan berkat. Keberkatan hidup lebih membahagiakan. Hidup dalam dakapan kasih dan perhatian Allah akan lebih nikmat dirasakan.

~Kadang-kadang letih berfikir...letih mentafsir...letih menduga...hanya mampu berserah...