Wednesday, February 8, 2012

HOBI : Jika tidak dikupas nenas, manakan dapat dimakan isinya....

Assalamualaikum
Rasulullah SAW bersabda : "Seutama-utama usaha penghasilan itu ialah jual beli yang jujur dan penghasilan yang diperoleh dari pekerjaan tangan sendiri." [Riwayat Ahmad dan At-thabrani]

Zaman kecik-kecik dulu, Cj selalu berangan-angan nak jadi usahawan. Apakah beza Usahawan dan Peniaga? Peniaga menjual sesuatu untuk mendapatkan keuntungan. Usahawan pula menghasilkan sesuatu yang baru daripada sumber yang sedia ada untuk menjana keuntungan. Maka, usahawan perlu kreatif dan inovatif.

Sekarang ini, Cj masih lagi 'bercuti tanpa gaji'. Peluang dan kesempatan yang ada ini, Cj gunakan untuk mencari ilmu, menambah ilmu, menambah kemahiran di samping menunggu peluang yang baikkkkk untuk menjana pendapatan... Menunggu sesuatu yang belum pasti memang membosankan dan kadang-kadang menimbulkan tekanan... Hurmmmm, bosan.bosan.bosan. Tapi, tetap perlu bersabar. Sampai bila perlu bersabar? "Sky is the limit."

Sebenarnya, kesibukan menimba ilmu untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan tersendiri dapat melenyapkan sedikit demi sedikit ingatan Cj terhadap seseorang yang pernah bertakhta di hati. Hehe, lagipun Cj bukan budak belasan tahun lagi. Emosi sudah semakin stabil,  jiwa semakin tenteram dan tidak lagi kacau bilau seperti budak belasan tahun menghadapi kegagalan dalam perhubungan. Eleeehhh, setakat putus cinta, apalah sangat. Bukan kematian laki mahupun menjadi janda dengan sedozen anak. Take it easy girl.. Boleh jadi perpisahan yang dianggap 'musibah' ini merupakan satu 'rahmat' dari Allah. Maka, bersangka baiklah selalu pada Allah yang Maha Esa.

Kata Akiey: Jodoh ni DIA yang tentukan...kadang-kadang kita yakin dia jodoh kita tapi akhirnya orang lain. Kadang-kadang kita rasa orang tu yang paling sesuai & serasi tapi sebenarnya bukan. Sabar je la. Nanti sampai masa akan tiba juga w/pun terpaksa lukakan hati orang lain.
Hobi Cj sejak bercuti ialah mencuba resepi-resepi mudah untuk persediaan hari tua. Hehe, kenapa hari tua? Sebabnya, Cj ada sorang kakak yang memanipulasikan bakat & kepakarannya dalam membuat kek sebagai punca pendapatan ekstra. Haaaaa, Cj pon berhasrat untuk belajar & memahirkan diri dari zaman muda-muda ini supaya dapat diguna pakai dihari tua. Sekarang Cj masih bercuti, duduk pulak di ceruk kampung, Marketing tak berapa bagus sebab Cj tak rajin keluar bersosial dengan orang-orang kampung... Cj aim, bila dah bekerja, bolehlah promote kat kawan-kawan...Erm, kalau dah berkahwin pulak, boleh lah mintak tolong husband promote kan....haha

Cj juga sedang seronok menerokai bidang penghasilan coklat. Hehe, untuk permulaan, Cj tumpukan pada rasa cokelat...Bila orang kata sedap, barulah Cj nak belajar deco,filling & kaler cokelat pulak. Step by step. Biar lambat asalkan berbaloi..ngeh-ngeh-ngeh...Niat asal Cj berjinak-jinak dalam bidang nih ialah disebabkan Cj ada ramai anak-anak buah yang semestinya suka cokelat. So, cokelat-cokelat yang Cj buat memang ditujukan khas untuk dorang. FOC.  



My very loyal tester ialah FAHMIE. Tiap ape pon resepi yang Cj buat, dia lah tester nya. Kalau dia kata 'sedap' or dia request 'nak lagi', barulah Cj bersemangat nak buat lagi. Kalau dia kata 'tak minat'...'tak sedap'...Cj quit! Tak buat dah... haha... Next, kawan maya yang selalu bagi komen & cadangan yang membina & jujur ialah ESAN.



Strawberi Cokelat + badam

*Ribuan terima kasih kerana sudi membaca. Cerita buruk, jadikan sempadan. Cerita baik, jadikan inspirasi. Kejayaan memang takkan datang bergolek. Kalau tidak dipulas kulit, manakan dapat makan buah pulasan, jika tidak diblend ais, mana nak dapat 'ice blended'. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan diberkati. Allah pembuka pintu rezeki. Kegagalan memang mendukacitakan. Usah memperlekehkan manusia yang gagal kerana dia sendiri tak ingin gagal... Dari Allah kita datang, kepada Dialah, kita akan kembali...*
~kalau suka berkawan dengan Cj, boleh add facebook: www.facebook.com/norule2happy