Wednesday, December 21, 2011

Malam Pertama. Dah ready?

Assalamualaikum


Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertama nanti di kuburan? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang soleh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku(dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?' Kerana untuk sentiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
Maksudnya: Ya Rabbku, kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan dahulu. (Al-Mukminun: 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri: "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan oleh itu ia didapati pada hari-hari setelahnya sentiasa dalam keadaan ibadah dan taqwa kepada Allah. 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Kempen Mari Baca Buku: Buku yang bakal mengundang air mata yang bernilai.

Bila Waktu Tlah Berakhir
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
~Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.