Monday, November 14, 2011

Ubat Nyamuk

Assalamualaikum
Di kampung, malam-malam sebelum tidur, kami (Cj& adik) akan bergilir-gilir membakar ubat (racun) menghalau nyamuk. Nyamuk banyak. Kulit pulak sensitif amat. Merah sana. Merah sini. Kesan gigitan nyamuk. Kadang-kadang mengeluh. Merengek-rengek. Mak suruh guna kelambu tapi malas sebab macam seram je tidur dalam kelambu sorang-sorang... Ahh, kami memang budak kampung tapi kami kadang-kadang selalu jugak melancong. Owh, Kena lalu 7 jambatan gantung. 5 titi kayu. Then, barulah sampai kat rumah kami. ( efek bunyi: hahahahahaha)


Pagi-pagi, bila bangun daripada tidur yang lena, ubat nyamuk dah takde kaler.Tinggal debu-debu je. Alhamdulillah...sebab kami bukan nyamuk...Semua orang benci nyamuk. terutamanya nyamuk tiruk...Cegah Aedes...Cegah Denggi...

Bahagianya jadi manusia...Manusia khalifah di dunia...Setiap amal kita walau sekecil zarah pon tetap dinilai Yang Maha Esa. Kita mungkin boleh menipu orang lain, tapi kulit,mata,hidung,tangan menjadi saksi amal baik/jahat kita...Kita selalu terleka, lantaran asyik melihat indahnya dunia. Padahal dunia ini sifatnya sementara. Alam barzakh bakal menyusul dunia, diikuti alam kekal yang bakal menghimpunkan semula manusia. 

Bila teringat ini semua, beruntungnya jadi nyamuk. Mati dilempang manusia, matinya ia tak perlu dihisab umpama manusia. Sedangkan manusia, setiap anggotanya adalah amanah Allah..akan dihisab. Kala itu tiada siapa pon dapat membohong,meniru, mencuba meniru menipu....Hari akhir...Hari pembalasan...Nak taknak kita kena bersedia...

Bukan senang nak masuk syurga, kalau kita rasa dah tak larat nak belajar untuk dapatkan title Dr, larat-laratkanlah diri untuk kejar syurga... Syurga itu puncak segala kebaikan. Kita wajib aim for it. Paradise tak sama dengan Heaven...

~Sebenarnya, Cj tengah praktis menulis berdasarkan gambar. Tapi, masih belum pandai menghurai.~