Thursday, November 17, 2011

Shift Paradigm

Assalamualaikum
Dulu-dulu, Cj tak reti/tak minat window shopping/jogging dalam mall/shopping sakan nih... Mostly kalau pergi mall, mesti mata melilau cari kedai buku. Bila dah masuk kedai buku, mesti duk lama-lama dalam tuh sebab angau tengok buku-buku yang macho-segak-bergaya.
Dulu-dulu, minat sangat baca novel. Famili pon dah paham dengan minat yang satu tuh. Kadang-kadang akak yang baik ati akan adiahkan novel di hari jadi. (Owh, penah dapat adiah set permainan Scrabble sebab suka jugak main Scrabble...Kat Matrik penah wakil kelas main Scrabble tapi tak dapat masuk final pon)..

Peminat Sharifah Abu Salem & Aisya Sofea
Bila dah masuk pertengahan remaja, sakan buat teka silang kata. Kumpul duit raya untuk beli Kamus Dewan yang berharga RM40...Mahal owh...Sebab tuh takut nak mintak Dedi belikan. Bukan takut tapi  sebenarnya kesian kat Dedi. Maka, bila duit dah cukup, ajak Akiey pergi kedai buku, pastu cari Kamus Dewan, pastu bayarlah sendiri. Kemudian, makin sakan jawab teka silang kata kat Dewan Siswa. Walau tak pernah menang pun tapi sekurang-kurangnya dapat menambahkan kosa-kata...Lepas tuh, boleh lah dapat markah lebih dalam karangan sebab banyak perbendaharaan kata. ( Alhamdulillah, dapat Anugerah pelajar terbaik SPM untuk BM....terubat kecewa sebab target unt Maths tapi tak dpt) .Lagipun, Faisal Tehrani pesan "Kalau nak jadi penulis, kena ada Kamus."....

Sekarang nih dah masuk fasa Dewasa. Dah tua-tua nih, kena tambahkan ilmu agama, ilmu keibubapaan, ilmu psikologi sebab aim nak jadi isteri cerdik yang solehah, pastu nak dapat anak comel yang menyejukkan hati...bla bla..bla... Mudah-mudahan Allah kurniakan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat...Novel-novel semua dah kena jual lelong, bagi kat adik-adik...Sekarang baca buku-buku kategori 'berat' tapi versi ringan & senang paham dan mula terpikat dengan buku-buku karangan/penulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 
~Tersentap dengan kata-kata seseorang, lalu diri terus bangun berdiri menyiapkan diri. Jika lambat, masa kan tetap terus berlari, diri taknak rugi...