Friday, November 25, 2011

Share: Dengarilah aku...

Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat. Kebelakangan ini, Cj agak sibuk or maybe buat-buat sibuk. Panggilan telefon/ SMS pon Cj 'tapis' dulu sebelum jawab. Cj perlukan ruang untuk bersendiri dan menyelesaikan masalah sendiri sebab itulah kadang-kadang Cj malas nak mendengar masalah orang lain. Lagipun, Cj baru je melalui pengalaman duka kecewa yang susah nak diterima. Alhamdulillah, sekarang nih hati makin teguh...Cj bersyukur dikurniakan famili yang sangat-sangat membantu dari segi material dan moral. Even Cj ada tunang sekalipun, dia masih bukan yang halal bagi Cj. Maka itu, Cj lebih percayakan famili dalam segala segi. Maaf andai ada yang terasa. Maaf andai Cj terlalu berahsia.

Btw, hari ini Cj kongsikan info yang Cj dapat dari FB. Moga kita semua sama-sama dapat memperbaiki skil untuk menjadi pendengar yang lebih baik untuk kawan-kawan mahupun  orang yang kita sayang.

7 Tip Menjadi Pendengar Yang Baik:
1) Perhatian sepenuhnya.
2) Lihat mata.
3) Jangan menyampuk atau memotong cakap.
4) Usah mengkritik.
5) Seni sentuhan (muhrim sahaja)
6) Ulangi apa yang disampaikan.
7) Fahami apa yang tersirat.

Fikir-fikirkan, sebar-sebarkan dan semoga hari ini kita menjadi orang yang hebat. Amin.
Sumber: Fb Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad