Friday, November 4, 2011

Sesedap Rasa Cik Jari: Kek Pandan Delight

Assalamualaikum
Hari ini, genap seminggu ulangtahun kelahiran Cj. Minggu lepas, Cj request Kek Lapis Pandan kat akak Cj (akak ke-2 drp 5 orang kakak) tapi tak dapat sebab akak kerja & kekangan masa. Maka, Cj sangatlah berharap agar dapat menikmati kek nih di hari raya nanti. (Cj dah beli tiket. Balik raya on Sunday Morning). 

Cj suka sangat kek nih. Dulu-dulu kalau pergi kedai kek, kerap kali juga Cj beli kek ni. Tapi, tak mampu nak beli sebiji kek. Selalunya beli sepotong je. Kadang-kadang makan sorang. Kadang-kadang share dengan Mak sebab Mak pun suka kek ni.

Pandan Delight @ Pandan Layer
 Tapi, sekarang nih kitorang dah tak heran dengan kek lapis pandan yang kat kedai kek tuh. Dahla tak berapa sedap, kaler pun hijau pucat je & mahal. Sekarang ni, kalau terasa nak makan kek nih, bagitau je kat akak, nanti dia buatkan... Dah boleh jimat duit belanja Cj sehari-hari.

Kek nih kena disejukkan dulu,barulah cantik dipotong.Tapi,masa nih peti ais rosak
Bahan-bahan untuk kek:
200gm tepung sponge kek (Tepung Optima,boleh beli kat kedai kek/guna je tepung yang segera)
40gm air
1 tsp pandan paste
1 tsp green colour
4 biji telur gred B
40 gm butter cair

*tepung,air,pandan paste,green colour & telur dipukul sehingga pekat.Kemudian masukkan butter cair.
Tuang adunan dalam loyang.Ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan.
Biarkan kek sejuk,kemudian potong kepada 2@3 bahagian sama besar.

Filling
1 kg santan
80gm tepung kastard
1tsp pandan paste
1tsp green colour
1 sudu besar instant jelly (serbuk jeli)
180gm gula

*campurkan semua bahan dalam periuk.
*Kemudian,masak atas api sehingga menjadi pekat.
(Kaedah seperti membuat puding kastard)

Untuk Melapis:-  Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang-ruang tepi kek dgn lebihan kastard.(Tips: gunakan loyang yang boleh ditolak keluar isinya)


Boleh hias ikut kreativiti

~~Anda buat kek,tapi tak menjadi? Nak tahu puncanya? KLIK SINI. 
Sebelum berpisah, Cj nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan. Selamat bertakbir raya banyak-banyak. Selamat berkumpul bersama famili tercinta. Selamat berkorban. Semoga Allah melindungi kita semua dari bala bencana. Semoga Islam kekal bersinar di Bumi Malaysia...Amin...