Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru.Celik Mata & Jiwa Seorang Isteri

Assalamualaikum
Salam tahun baru 1433H. Cj mulakan tahun baru dengan niat untuk jadi yang lebih baik. Contoh azam baik: Kalau sebelum ini selalu masakkan untuk mak ayah, tahun ini berazam nak masakkan masakan yang istimewa & berkhasiat untuk mak ayah...

Since Aiman Azlan said: We need more women not girls....We need more men not boys...So, Cj aim untuk jadi  woman.
(The term woman is usually reserved for an adult, with the term girl being the usual term for a female child or adolescent.)
 Kata Prof Dr. Muhaya:
Kunci kepada kebahagiaan ketenangan dan kesihatan dan kekayaan ialah mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku dan berhenti menyalahkan orang lain dan situasi. Jika kita mencari faktor luaran untuk menjustifikasi hasil kehidupan kita, maka kita TIDAK akan berjaya dan akan sentiasa mempunyai sifat menjadi mangsa. Untuk menukar dunia luaran kita harus tukar dunia dalaman. Boleh guna prinsip ini... untuk semua perkara dari pelajaran, rumah tangga etc. Mulakan 1433 Hijrah dengan niat bertanggung jawab dan lihat apa kita baca, tonton, fikir, rasa, cakap, buat hari ini. Ini lah paradigma kita. Selagi tidak ubah, tahun baru tidak membawa apa apa makna. Niat memberi bukan mengambil peluang atau kesempatan. Allah pemberi rezeki bukan manusia. Berhenti menyembah manusia dan mulakan menyembah Allah.

Nah, video berguna untuk perempuan-perempuan yang sudah/belum berkahwin. Mudah-mudahan kita dapat jadi isteri cerdik yang solehah yang membahagiakan suami. (Ada menu sihat untuk seisi keluarga.)