Wednesday, November 23, 2011

Kata Keris Mas: Kita Tidak Boleh Mengajar orang menjadi Sasterawan.

Assalamualaikum
Hari ini, Cj nak kongsi 2 buah buku yang telah Cj baca & praktikkan sedikit sebanyak isi kandungannya. Walaupun buku ini nipis, buku ini  amat berguna sebagai persediaan / rujukan untuk menulis.

 Apakah syarat menjadi mengarang?
1.Bakat
2.Minat
3.Cita-Cita
4.Rajin Membaca
5.Rajin Menulis

3 Faktor utama mendorong seseorang itu berminat mengarang:
1.Mahu menghasilkan karya sastera untuk dibaca, dinilai, dan ditafsir oleh pembacanya atau masyarakatnya.
2.Mahu terkenal atau popular.
3.Mahu Wang.

Sewaktu mula menulis, kita seperti mendengar kata-kata dua orang jurulatih. Mereka memberitahu apa yang kita perlu buat pada masa yang sama. Seorang daripada mereka berkata "Lakukannya!" Itu adalah kata-kata suara kreatif. Sementara seorang lagi pula menjerit iaitu suara kritikan, "Perlahan sedikit!" Suara ini juga membantu kerana ia juga berkata " Idea kamu bagus-bagus belaka. Pastikan kamu sampaikannya dengan betul dan jelas!" Kita perlu mendengar suara kritikan ini sewaktu menyemak tulisan sendiri.
~Sekian. Semoga hidup anda sentiasa ceria dan bahagia.