Tuesday, November 1, 2011

Hai Liza Nak Kawen Rubella Cucuk First

Assalamualaikum
Selamat menghadapi peperiksaan SPM buat calon-calon yang bakal mendudukinya. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Jangan lupa berdoa selalu selain daripada gigih & tekun berusaha. Jangan tido masa dalam dewan exam. Jangan meniru. Pengawas tak nampak tapi Allah Maha Melihat. Jangan bawak 'Toyol' masuk dalam dewan exam.

Interactive Periodic Table: Klik SINI
Kumpulan 1:
Hai- Hydrogen
Liza- Lithium
Nak- Natrium
Kawen- Kalium
Rubella- Rubidiam
Cucuk- Cesium
First- Francium
~Cj memang takde KIMIA dengan Subjek KIMIA. Dalam banyak-banyak benda yang kena hafal, bendalah ni je yang Cj ingat sampai sekarang. Haaa, BM adalah subjek kegemaran Cj tapi malangnya sekarang nih semakin kurang berbahasa dengan betul. Kalau Cikgu BM marking entri-entri Cj dalam belog nih, insyaAllah tak dapat A++...Kalau takde idea nak mengarang, eloklah pilih karangan jenis fakta. Banyakkan membaca majalah seperti Dewan Siswa, Fokus SPM,Surat Khabar dan majalah-majalah ilmiah yang lain untuk menambahkan input-input di minda untuk mengarang masa peperiksaan nanti. Semoga berjaya~~~