Sunday, November 20, 2011

Bila waktu telah berakhir,loceng pun berbunyi. Horey,cuti...

Assalamualaikum
Yeay..Cuti sekolah. Tak payah pegi sekolah. Tak payah buat kerja sekolah. Tak payah hias papan kenyataan kelas. Tak payah gosok baju sekolah. Tak payah susah payah berus kasut sekolah. Tak payah tahan ngantuk belajar subjek Sejarah..yeay..yeay...Boleh lepak puas-puas depan TV... <----tinggal kenangan je lah.

Sekarang nih, dah masuk musim cuti sekolah. Adik-adik Cj ada yang plan nak bersunat, ada yang plan nak lepak kat kampung (dengan syarat Cj ada kat kampung), ada yang plan nak pergi cuti-cuti Malaysia (tapi Cj tak dapat join..sedeyh2) tapi ada jugak yang jenis kuat study... Masa cuti nih la duk pulun pergi tuisyen...

Cakap-cakap pasal study, ada seorang akak nih called Cj. Dia dapat number Cj dari mudah.my. (haha, ce cari iklan yang ada number telefon Cj). Dia mintak Cj ajar anak dia Addmaths. Susah juga nak buat keputusan. Niat Cj memang nak menolong tapi iklan tu dipamerkan masa Cj cuti dulu-dulu. Sekarang nih dah ada komitmen. Bulan depan memang sibuk pulak tuh. 

Sekarang nih rasa serba salah. Kesian juga kat akak tuh, sebab dia mengharap sangat-sangat. Anak dia pon dah excited nak belajar dengan Cj tapi baru semalam Cj kabo tak dapat tunaikan janji. Cj ada la prepare sket-sket untuk mengajar tapi mengenangkan tugasan yang bakal Cj terima tak lama lagi, Cj mula risau... Tapi dalam hati tetap berharap supaya dapat gak spend masa untuk mengajar sebelum berakhirnya cuti sekolah nih...

Buku feveret Cj dikala bosan or tension
Dulu-dulu, masa cuti sekolah nih, Cj busy jaga adik-adik a.k.a anak-anak buah kesayangan."Jaga"  bermaksud basuh baju dorang, masakkan untuk dorang, mandikan dorang, marah-marah tu haruslah...Cukup bulan dapatlah wang sagu hati. Hehe... Tak mengharap gaji tapi rezeki jangan ditolak.

Bila berhadapan dengan budak-budak yang sememangnya aktif terlampau nih, KESABARAN amatlah PENTING. Huwaaa, mula-mula memang tak sabar. Asyik nak melenting je. Sekarang nih pon bukan sabar sangat tapi okey sket la berbanding zaman dulu-dulu.

Baby mata bulat.Ce teka boy ke girl?
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."
~Selamat Bercuti buat adik-adik yang baca blog akak nih. Cikgu-cikgu cuti ke? Mesti tetap busy kan? Mudah-mudahan cikgu-cikgu semua ikhlas mengajar & mendidik sebab cikgu sangat beruntung. Sangat mudah dapat pahala (dengan mengajar ilmu yang baik).