Thursday, November 24, 2011

Berdoalah ketika sujud

Assalamualaikum



 
Semalam, ada kawan yang menegur tentang hidup bermasyarakat. Hehe,terima kasih kawan. Walau Cj nampak acuh tak acuh dengan teguranmu itu, sebenarnya otak tetap menerima input yang diberi cuma membiarkan buat seketika sebelum diproses menjadi bahan fikir. Ada sebab kenapa Cj membataskan keakraban / kebergantungan terhadap kawan. Kes kawan jadi lawan, kawan makan kawan sudah acapkali berlaku dalam hidup Cj. Akhirnya, Cj nekad untuk berkawan tanpa ada istilah "kawan rapat" tapi masih punya "sahabat". Siapakah yang bergelar sahabat? Dia adalah seseorang yang datang tepat pada waktunya seolah-olah dapat merasai kesusahan temannya... Alhamdulillah. Even dia jauh di mata, dia sentiasa dekat di hati.

Benar, seorang perempuan yang keluar bersendirian boleh mengundang bahaya dan fitnah. Tapi, Cj pilih untuk keluar di waktu siang. Di waktu ramai orang berurusan. Di waktu matahari memancar sinar. Bukan di waktu malam mahupun di waktu terang bulan. InsyaAllah, doa dan zikir sentiasa meniti di bibir semoga Allah melindungi... Jangan risau ye kawan. Allah sentiasa ada menemani.