Friday, November 18, 2011

Apa yang selalu saya buat: PUJUK HATI

Assalamualaikum
Tahun 2011 semakin hampir ke penghujung. Tanggungjawab semakin bertambah. Dugaan  sentiasa ada, hanya doa dan sepenuh percaya pada DIA, hati jadi kuat. Tapi, kadang-kadang rasa lemah. Itulah dugaan yang dimaksudkan. Tapi, selalu pujuk diri, pujuk hati, teguhkan jatidiri...Siapa-siapa pun pasti diuji. Kiriman doa penghubung kasih & ingat selalu janji kita....Moga sentiasa dalam redha Ilahi...InsyaAllah
JIKALAU AKU...
Sebelum aku membalas lamaran cintamu
Aku perlu tahu benar kamu jujur
Kerana aku pernah terasa tertipu
Dengan janji palsu teman terdahulu

Jikalau aku memberikan sepenuh jiwa
Yakinkanlah kau kan setia
Hanya ku kau sayang siang dan malam

Jikalau kamu mahu ke peringkat seterusnya
Tunaikanlah apa ku pinta itu semua perlu
Jikalau aku menyintamu

Sebelum itu jumpalah orang tuaku
Minta izin dulu agar mereka restu
Jangan pula nanti
Kau mula terasa jemu
Fikir betul-betul sebelum kita bermula

Dalam kita ada dua
Kau dan aku jadi satu
Jika benar-benar mahu
Buktikan dahulu cintamu

Jikalau aku menyintamu
Jikalau aku
 
Bunga pahar berisi epal hijau *kreatif *
 ~ Berjalan.Melihat.Mentafsir. Setiap orang dapat bahagiannya, kadang-kadang kita berusaha gigih untuk dapat jadi macam orang lain. Tapi, akhirnya kita tetap tak dapat. Jangan kecewa. Pujuk hati. Itu bahagian dia. Bahagian kita mungkin Allah masih rahsiakan dari kita. Teruskan berusaha baiki diri, bukan untuk jadi orang lain tapi jadi diri sendiri yang lebih baik...