Monday, October 10, 2011

Sesedap Rasa Cik Jari : Kentang Baji....Urmmm..lazatnya...

Assalamualaikum
Hehehe, yeayyy...Cuti yang panjang tanpa pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap, wajiblah diisi dengan sesi masak memasak sambil bereksperimen dalam dapur.. Yeay, resepi sesedap rasa kali nih dicilok dari kakak ipar yang sulung. Untung wooo, dapat kakak ipar semua pandai masak. Bila diorang balik, kita rilek-rilek je...Time makan,kita pon makan... Bila dorang masak lain daripada yang biasa, kita pon ambik pen & kertas untuk salin resepi...

Bahan Utama:
Beberapa biji ubi kentang.
Tepung Kelantan Fried Chicken(KFC) sesedap rasa.
Minyak masak secukupnya
Langkah-langkah:
1.Kupas kulit ubi kentang. Potong ubi kentang menjadi bentuk baji.(Wedges).Jangan potong terlalu nipis ye, potong sedang-sedang je.
2.Panaskan air dalam kuali/periuk. Rebus kentang hingga agak-agak empuk. Jangan sampai lembik sangat.
3.Toskan ubi kentang tersebut.
4.Golek-golekkan ubi kentang ke dalam tepung KFC.(Tak perlu tambah air)
5.Panaskan minyak. Goreng kentang yang sudah bersalut dengan tepung ke dalam kuali yang berisi minyak panas.
6.Goreng hingga garing.(keperang-perangan).
7.Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sos, mayonis etc. Ia juga enak dimakan begitu saja.

Info: Tepung KFC tersebut boleh didapati di Semenyih/Kajang dengan harga RM50/5 kg.(Nak Contact Number ke??)
Semua gambar ehsan dari Google...wee, dah reti masak-masak, dah layak kahwin la kan? haha.Gurau je.