Friday, October 21, 2011

Sabar sebahagian daripada SABARudin

Assalamualaikum
Okeyh, Cj ada sorang kawan sekampung yang bernama Udin. Nama penuh tak dapat dipastikan kerana dah terbiasa panggil Udin sejak dari zaman belum masuk tadika sampailah zaman dewasa ini.

Hujung tahun ni, Udin akan berkahwin dengan tunangannya. Dia tak bagitau dia dah bertunang tapi Cj stalk FB dia & nampak gambar adegan mesra & bahagia dia dan seseorang yang memakai baju ala-ala orang bertunang. Maka, Cj syak dia dah bertunang.

Tembakan Cj mengena kerana hal tersebut disahkan sendiri oleh mak Cj kerana kami sekampung & berjiran.

Udin,
Mak aku salu puji kaw. Walau kaw kerja biasa-biasa je, tapi kaw tetap tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak walau ibu yang membesarkan kaw bukanlah ibu yang mengandungkan kaw...

Baru-baru nih, Cj teman mak Cj pergi layat ( menziarahi keluarga orang yang meninggal ) dan Cj bertemu dengan mak si Udin... "Ni yang sebaya dengan Udin ye?" Ujarnya sambil memandang wajah manis Cj. (haha)... "Ha'ah"...Jawab Cj perlahan sambil terangguk-angguk.. Maka, cerita tentang tarikh perkahwinan Udin pon terdedah...  

Tahniah Udin. Kaw dah nak kawen... Nanti kalau aku tak busy, aku datang Majlis Kawen kaw...
Ahaha, sebenarnya aku selalu je nampak kaw masa jemput adik aku dari sekolah. Adik aku pon dah rapat dengan kaw kan sejak kaw kerja kat sekolah dia. Eh,eh...tahniah lagi sekali... Moga kaw jadi suami yang terbaek lah... Terima Kasih sebab pernah nasihatkan aku dalam bab mencari pasangan nih. Terima Kasih gak sebab kaw baik hati nak carikan calon untuk aku... Tunggu, nanti aku menyusul jejak kaw jugak... InsyaAllah... 


Bebelan Cj: Dalam banyak hal, memang kena berSABAR. SABAR itu pelengkap kepada keimanan kita. Jangan kita mengaku beriman kalau kita tak reti berSABAR....