Sunday, October 30, 2011

kita tidak boleh ubah wajah kita, tapi kita boleh ubah kelakuan kita.

Assalamualaikum
Intro:
Selamat berhujung minggu kawan-kawan... Hari nih, Cj ber-window shopping sambil membakar kalori (sebab e-con tak kuat sangat maka berpeluh-peluh) di sebuah pasaraya feveret kami. Kenapa feveret? Sebab setiap kali jejak kaki ke sana, mesti ada sale. -Jualan penghabisan stok, happy hour, jualan runtuh DLL.- 


Maka, kami selalu rambang mata tapi bila belek-belek purse-mata terus jadi layu sambil usap-usap dada supaya bersabar-tak ikutkan nafsu yang suka sangat tengok baju,kasut,beg cantik- Waaaa, tadi kan, ada beg (Handbag) Swiss Polo & Sentini yang cantik (berkenan sangat)*harga ratus-ratus* tapi dorang jual RM50 dalam masa 3 hari ini (28/10-30/10)....Waaa, suka sangat beg tuh.....Nak je beli tadi, tapi selepas fikir sejenak, terus tinggalkan tempat tuh & pilih-pilih t-shirt je (RM10).... Takpe, next time ade lagi....(pujuk hati)...

Isi-isi penting:
Sebenarnya, Cj baru je dapat hadiah sebuah beg dari akak Cj beberapa hari yang lalu. (Sempena My Birthday) So, Cj haruslah menahan nafsu daripada tergoda dengan beg-beg yang sememangnya seksi tak berbaju yang memperagakan dirinya di atas rak. ~Thanks my lovely sis for da lovely bag~(malas nak tunjuk kat sini)...

Hurm, bila bertambah usia sepatutnya bertambahlah ke-MATANG-an diri. Cj rasa, Cj tak lah childish sangat but someone yang dikasihi selalu mengingatkan Cj supaya lebih matang. Maka, Cj pon tertanya-tanya apa sebenarnya matang? Apa indikasinya? Apa ciri-cirinya? Hipotesis awal: Kalau selalu bergaul dan bergurau senda dengan adik-adik kecik, tu tanda kita tak matang ke? Kalau matang nih, kena selalu serius je ke? Kalau nak nampak matang, kena selalu bergaul dengan nenek-nenek ke? <------hurmm, nampak sangat la tak matang lagi nih... Fikir selapis je...haha

Menurut buku, Kematangan ialah kemampuan menilai, berfikir, memilih, memutuskan dan seterusnya bertindak dengan betul. Kematangan adalah gabungan ilmu, sikap dan keyakinan. Matang dan baligh seharusnya lazim-melazimi. Bila sudah baligh, tentu sudah matang. (versi ulang tayang-sebelum nih pernah bincang isu ni). Semua ini, tidak ditentukan oleh faktor usia kerana ada orang yang sudah matang walaupun usianya masih muda. Fikirannya jernih, emosinya terkawal dan hatinya tenteram. Tetapi ada juga yang masih belum matang walaupun telah lanjut usia kerana masih suka marah-marah, fikiran kacau dan jiwa runsing.

Seorang yang matang juga mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang agak tenang.
Secara analoginya, bagaimana gerangan kalau anda memasuki sebuah rumah - lalu anda kagumi kerusinya, puji meja dan perhiasannya, sedangkan 'tuan rumah' tidak anda sapa dan bersalam dengannya? Jika begitu, alangkah 'mentah' dan 'hijaunya' anda. Anda belum baligh sebenar! Justeru, jangan bercinta, kalau belum baligh!
Bagaimana hendak membina kematangan



  • Memiliki ILMU


  • -Ilmu akademik @ Ilmu agama.
    -Asas-asas fardhu ain mesti diselesaikan.
    -Tahu & faham tentang akidah (tauhid), cara-cara beribadah (fikah), dan berakhlak yang baik (tasawuf).
    -Khususnya untuk berumahtangga, seseorang perlu ada ilmu tentang bagaimana hendak menjadi suami/isteri yang baik. Memahami peranan dan hak suami isteri, faham bagaimana hendak menjaga keharmonian rumahtangga dan mendidik anak-anak....
    -Ilmu juga penting untuk bersaing mendapatkan pekerjaan



  • Memiliki KEMAHIRAN


  • -untuk memimpin dan mentadbir diri dan rumahtangga : kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik, kemahiran menguruskan konflik, kemahiran mengatur perbelanjaan dan kewangan rumahtangga, kemahiran membuat penilaian dan keputusan.
    -Kemahiran Memasak juga penting untuk menambat hati suami & memastikan suami tidak kelaparan selain dapat menjimatkan duit poket suami.
    -Kemahiran Mendengar : kadang-kadang ada orang yang mempunyai masalah dan tahu untuk menyelesaikannya cuma dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati sekali gus meringankan beban di hati.
    -Kemahiran Hidup :  Sekurang-kurangnya belajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah.


    Pandangan Cj: Orang yang matang adalah orang yang cool. Bila bertindak, tak didasarkan oleh emosi/nafsu semata-mata sebaliknya berfikir dengan pantas tentang baik & buruk sebarang tindakan yang diambil dengan mengambil kira soal syariat dan seboleh mungkin tidak menyakiti hati orang lain / menyusahkan orang lain dengan tindakan yang diambil... Orang yang matang juga tidak semestinya orang yang selalu bermuka serius sebaliknya berwajah tenang dan menenangakan hati orang lain. Walau dalam situasi yang genting, orang yang matang akan tetap tenang menghadapinya sambil berusaha mengatasi masalah yang dihadapi dengan menyakini bahawa Allah Ada dan selalu akan menolong hamba-Nya... extra: Orang yang tidak mencarut-carut juga adalah tanda orang yang matang kerana selalunya budak-budak je yang suka mencarut-carut nih bila tak puas hati sebab kalah masa lawan pemadam dengan kawan sedarjah....


    Kesimpulan:
    Kematangan itu dinamik sifatnya. Ia sentiasa boleh bertambah dari semasa ke semasa. Maka, tak perlulah menunggu hingga benar-benar matang baru hendak berkahwin. Cukuplah sekadar mencapai piawaian (standard) yang paling minimum :- sudah ' lepas' Fardhu Ain, sudah mempelajari, memahami dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam, memiliki ilmu dan kemahiran berumahtangga dan mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
    *Cepat matang bukan hanya untuk cepat kahwin sahaja, tetapi untuk menjalani keseluruhan episod hidup dengan lebih berjaya.*
    Btw,buku kata, Macho bermaksud Lelaki yang suka menunjuk-nunjuk.
     Rujukan: Tentang Cinta;Telaga biru SDN BHD. gambar: Google