Saturday, October 22, 2011

First Impression

Assalamualaikum
Semalam, aku jumpa risalah cantik terselit di celah pagar. "Program Usahawan - Belajar Cakap Banyak, Untung pun Banyak"(bukan program sebenar).... " Wah, menarik!" <----First Impression aku. Almaklumlah, aku nih bukanlah reti kecek banyak, aku cuma reti menulis berjela-jela. Kadang-kadang je membebel banyak-banyak tapi tak pandai memperinci. Hurm, i admit my weaknesses

Jadi, aku berharap kalau join program tu nanti, bolehlah aku perbaiki skill percakapan aku... Maka, aku pon SMS & registered myself. Haaa, silapnya aku, dah lepas SMS Nama & Alamat, barulah aku meng-gugel- tentang program...Bila aku taip sebijik-sebijik tajuk program tu, aku dapati program yang dicanang-canang tu ada kaitan dengan apa yang ditulis oleh Aidid Mu'addib.

Sebelum tidur aku tak lena, lebih baik aku SMS untuk bertanya samada betulkah hasil pencarian aku di gugel. Tapi, orang tu tak jawab mesej aku. Aku sabar je la. Mungkin dia dah tido. 

Pagi ini, selepas bangun tido buat kali ke-dua, aku dapat mesej dari orang yang aku tunggu-tunggu tu. SMS nya : "Boleh saya tahu, ada masalah ke dengan program tu?........" ....Haaa, maksudnya betul lah hasil peng-gugel-an aku. Memandangkan aku pon tak tahu samada program tu betul-betul bermasalah, maka aku pon jawab "Tak tahu. Saya tak dapat datang appointment petang ni."(Bila dah tahu program tu meragukan, dengar ceramah free pon aku tak mahu)... 

Hurm...kesimpulannya, gunakanlah waktu cuti hujung minggu dengan sebaiknya. Contohnya? Melipat pakaian yang berlonggok atas katil, mengemop lantai dengan pencuci lantai DAIA supaya bilik berbau segar dan tapak kaki tak hitam berdebu, menyapu sampah dengan berhemah DLL....<-----nih sebenarnya aktiviti yang aku kena buat hari nih...hehehe