Tuesday, October 18, 2011

Coretan Hati Budak yang selalu perasan ada ADIK

Assalamualaikum
Sepuluh hari lagi, tarikh yang tak dinanti akan tetap muncul setelah tiba masanya. Menjelang sepuluh hari lagi, nampaknya emak masih tak lupa tarikh istimewa itu... Ya, kakak-kakak ku juga tidak lupa tarikh itu. Malah, aku sudah dapat hadiah tak rasmi dari kakak... Mungkin kalian sudah terlupa, bahawa aku ini anak yang dilahirkan tanpa adik kandung. Namun, aku sangat sayang akan anak-anak kecil yang kuanggap seperti adikku sendiri walhal aku tak pernah langsung menikmati kehidupan sebagai sang kakak yang harus selalu beralah pada adik-adik.

Kebelakangan ini, aku dianugerahkan sangat ramai adik walau bukan lahir dari rahim ibu yang sama. Gelaran istimewa "kakak" sangat-sangat bermakna buatku. Walau terkadang terasa janggal bertindak sebagai "kakak", aku tetap mahu menyayangi adik-adikku dan aku takkan lokek untuk menghulurkan bantuan. 

Menjelang sepuluh hari lagi, aku berharap agar aku dapat jadi seorang "kakak" yang sentiasa menyenangkan adik-adiknya. Aku punya impian menjadi seorang "kakak" yang akan selalu ada tika suka mahupun duka kerana sesungguhnya gelaran "kakak" sangat istimewa.

Terima kasih "adik-adik" kerana menganggap "kakak" sebahagian daripada teman kalian. Sesungguhnya ucapan "terima kasih" yang kalian ucapkan tiap kali akak cuba untuk menolong sedaya mungkin benar-benar membuatkan diri "kakak" sangat bermakna... Walau jasa "kakak" terlalu kecil, tapi akak bangga pabila dapat menatap raut wajah manis berulaskan senyuman kalian....

Selamat Hari raya Aidiladha