Saturday, October 8, 2011

Apa yang bestnye ada adik?

Assalamualaikum
Hari nih terlebih rajin pulak,buat 2 entri dalam satu hari. Selalunya malas. Ops, bukan malas tapi takpe idea. Kadang-kadang idea banyak sangat tapi tak reti nak susun ayat. Inilah akibatnya bila dah lama sangat tak mengarang/menulis. Sekarang nih,menulis diari pon dah jarang-jarang sangat. Erm, kali nih nak cerita tentang adik-adik sebab sekarang nih selalu jugak ber-SMS dengan adik-adik. Pagi-pagi lagi dorang dah mesej. Yeah, terharu! Banyak yang best bila ada adik-adik...

1. Boleh dijadikan kawan bersembang
 2.Boleh kongsi hobi yang sama. (heh, baca novel la)
3.Boleh jadikan kawan/teman pegi shopping & bagi idea untuk pilih barang.
 4.Rasa lebih bertanggungjawab sebab ada adik-adik untuk dibimbing.
 5.Kena cakap bende yang elok-elok je. Sebab budak-budak salu tiru cakap orang tua.
 6.Boleh share jajan ngan diorang.erk.
 7.Dapat didik diri jadi sabar (sket la) & cool sebab budak-budak salunya suka buat lawak bila kita marah-marah.Ayat klise: Relax r acik...jangan marah-marah,nanti cepat tua.
 8. Hidup lebih MERIAH! I love you. I miss you, adik-adikku.
Baby mata bulat... acik mata sepet je..