Monday, September 19, 2011

Usia II

Assalamualaikum

Pagi ini,
Langkah diayun satu-satu
Tak berat
Tak ringan
Hati lapang.

Mulut ringan menyapa
seolah berkata "boleh kita jadi kawan"
ringan beban di dada
boleh terus tertawa
ada kawan untuk bersenda.

Sedar tak sedar,
usia mencuri muda,
selamat tinggal zaman tak tutup aurat tapi tak berdosa,
selamat pergi jauh-jauh zaman buat dosa tapi mak ayah yang tanggung,
sekarang zaman berani buat,berani tanggung,
salah silap sendiri tanggung.

sekian.
PESAN DMFK
Untuk dapat teman sejati: Jadilah orang yang baik dan kawan yang baik; sanggup korban, utamakan kawan daripada diri, pendam perasaan untuk jaga hati kawan, hebahkan yang baik dan pendam yg buruk tentang kawan, doakan, maafkan dan bantu kawan untuk berjaya dan berubah jadi positif. Inilah sifat kawan yang ibarat saudara dunia dan akhirat. Jom usaha untuk jadi kawan sejati.
Anak ragil bapak