Thursday, September 22, 2011

Tak Sempat

Assalamualaikum
Raya kali ni cukup bermakna. Feel dia lain macam. Rasa lebih bertanggungjawab bila mak bagi task suruh masak rendang untuk juadah raya. Ok, ini first time masak for the whole famili yang seramai 10 orang tak termasuk ipar duai. Heh, jakun kan? Bukanla jakun, tapi teruja sebab mak bagi kepercayaan untuk masak.

Selalunya, aku sibuk melayan adik-adik main bunga api kat halaman rumah masa malam raya. Erm, mungkin sebab aku anak bongsu, ada ramai kakak-kakak termasuk kakak-kakak ipar, selalunya aku memang takkan menyibuk kat dapur bila semuanya dah berkumpul. Mungkin, mak nak aku biasakan diri kot-kot aku bakal beraya kat umah mentua esok lusa...Siapa tahu,kan? Umur aku pon dah agak 'masak'. Calon pon dah ada gak cuma dok kira-kira duit. Kira bajet itu..bajet ini...Tapi, harap-harap akak-akak aku akan kotakan janji men-donate a.k.a sponsor majlis aku nanti...Haha....

Wooo,seriously, sebolehnya nak kawen masa muda-muda nih. Nak jadi isteri yang baik. Walaupon tak lawa at least dapat la jadi isteri yang sejukkan hati suami & tenangkan dia selalu....amin..... & janji "saya tak kan curang"....

Tapi kan, baru-baru nih agak tersentak bila salah sorang adik (anak sedara) bagitau cam nih : "entah-entah Acik tak sempat kawen nanti."....Kenapa pulak? (aku tanya)...."sebab kiamat dah dekat...Adik pun sama. Tak sempat kawen jugak nanti. (dia jawab)....... speechless.

So....kesimpulannya kat sini...Daripada sibuk memikirkan soal jodoh,nikah,kawen, baiklah kita bersiap hari ini untuk menuju Hari Kiamat yang nyata dan pasti akan tiba esok. Jangan sedih kalau orang yang kita sayang tolak kita jauh-jauh, kalau betul kita sayang dia kerana Allah, kita jaga diri kita elok-elok. Mudah-mudahan masuk syurga & kawen dengan dia kat sana nanti.... Bila kat syurga, kita boleh mintak apa yang kita nak, kan??

Sekian...