Sunday, September 25, 2011

LUPA

Assalamualaikum
Kadang-kadang, dek kerana merajuk dengan orang, kita lupa untuk menghargai orang. Dek kerana memikirkan hati yang sakit kerana dilukai/terluka, kita lupa bahawa orang tu pernah berjasa pada kita. Dek kerana terlalu melayan perasaan akibat rasa tertipu, kita halau orang tu jauh-jauh dari hidup kita. Padahal, kita sedang tipu diri kita sendiri. Padahal kita tahu yang kita amat perlukan dia. Kalau dia tak dapat selalu ada kat sisi kita, setidak-tidaknya dia pernah buat kita senyum masa kita sedih sangat. Kita tak boleh kejam sangat kan? Mungkin orang tu buat salah dengan kita. Bukan sekali malah berkali-kali. Kawan-kawan kita kata, lupakanlah dia. Buang dia jauh-jauh dari hidup kita. Tapi, hakikatnya hati kita kata "aku sayang dia"... Bila hati dah kata macam tuh, kita cuba sedaya upaya untuk berbuat baik kat orang yang kita sayang tuh. Biarpun berkali-kali kita rasa sakit hati, kita hampir-hampir putus asa...Tapi, hakikatnya kita hepi sangat bila dia tak bagi kita pergi jauh-jauh dari kita atau sekurang-kurangnya dia kata "jangan tukar nombor phone, nanti susah nak cari awak"....Wah, tetiba hati yang kecik,kembang jadi sebesar taman...Padahal kita tak tahu pon niat dia disebalik kata-kata dia..mungkin maksud dia "kalau saya susah nanti, macamana nak cari awak ?(untuk dengar masalah dia)" padahal kita berharap sangat dia cakap camnih "bila duit hantaran dah cukup dikumpul, macamana saya nak pinang awak kalau awak lari dari saya".....haaaaa......

Ape bende ntah yang cj ngarut nih..Sebenarnya tengah bosan sangat-sangat. Nak buat bisnes coklat homemade tapi takde modal...Nak teruskan hobi hias balang raya sempena raya haji tapi tak jumpa plak balang hok comey2 & murah.... erm, sudahnya baca buku.baca buku...(sebenarnya majalah) di hujung minggu yang bosan nih....