Friday, August 19, 2011

Split Personality?

Assalamualaikum
Bila bercerita tentang raya, orang mula memikirkan tentang kuih raya, biskut raya, langsir raya, tikar raya, balang raya, baju raya dan tudung raya. Tapi, aku buat derk je. Bukan taknak raya, cumanya masih banyak lagi perkara penting yang aku kena selesaikan. Ada banyak perkara yang masih belum selesai sehinggakan aku terasa sangat-sangat stress (nangis-nangis sambil pegang kepala,tarik-tarik rambut). Ahh, tapi orang lain tak pernah tahu tentang nih sebab aku tak tunjuk depan orang. 

Tapi, aku bersyukur sebab aku masih dikurniakan beberapa orang kawan yang konfem takkan 'downkan' aku walau betapa teruk pun kondisi aku. Sebab itulah, aku jenis memilih kawan untuk dikongsikan segala cerita yang terbuku dalam hati. Hehe.. Biasanya blog jadi tempat untuk aku meluahkan ketidakpuasan hati, kesedihan, kebencian sekaligus mendedahkan sifat aku yang sebenar.

Erm, dulu-dulu aku perasan yang aku nih "Happy Go Lucky", boleh dikatakan setiap hari mesti gelak-gelak je dengan kengkawan sekolah. Tak pernah langsung datang sekolah dengan muka masam atau marah-marah. Cuma menjelang SPM, aku pernah datang sekolah dengan mata sepet dan bengkak sebab banyak sangat nangis. Ahh, itu zaman awal jahiliahku. Fasa awal mengenal dunia cinta tak bertamadun a.k.a mengabehkan boreh ja!

Orang kata, muka aku lebih mirip kepada bapa. Hakikatnya, aku lambang kasih sayang anatara mak & bapak. Mak selalu kata, akulah anak yang paling susah nak dilahirkan. 3 kali berulang-alik ke hospital & akulah satu-satunya anak yang dilahirkan di hospital. Hehe, bukan kupinta lahir begini.. Maaf mak sebab kecik-kecik lagi dah menyusahkan mak. 

Erk, apakah motif aku menceritakan semua ini?? Erm..sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, sekarang ni aku tengah kumpul semangat banyak-banyak. Entah apa yang aku fikirkan hingga kadang-kadang aku terlupa untuk ketawa & senyum. Mudah marah. Mudah memberontak. Hilang segala sifat positif yang aku tanamkan dalam diri selama ini. Aku yang selama ini sentiasa cuba menjaga hati orang lain, bertukar menjadi seorang yang sewenang-wenangnya berkata-kata sinis & tajam dengan niat menyakitkan hati orang lain. See, i totally changed!

Bukan aku bangga dengan perubahan ini. Aku rasa, hati aku tengah 'sakit' sangat sekarang ni & perlu dirawat dengan rapi. Erk, sakit hati bukan bermakna menyampah/benci kepada orang lain. Hehe, cukuplah setakat ini je contengan luahan hati Cjari. Dia memang tak pandai bercerita. Tapi cukup suka mendengar cerita mahupun membaca cerita. 

Owh, maaf kawan-kawan,adik,kakak,abang yang cuba untuk menghubungi Cjari. Henpon masih tetap koma tak dirawat. Sebenarnya, pernah terdetik dalam hati untuk tidak bergantung/berpacaran dengan si henpon. Kali ini, sang henpon benar-benar merajuk dan seakan-akan tak ingin hidup lagi...hehe, dah hampir sebulan takde henpon & I'm okay...Cuma boleh reply mesej sesekali sebab simkad berada dalam USB Modem... Sekian, lega rasanya bila dapat menaip panjang-panjang..Yeayyy...