Tuesday, August 9, 2011

Siapakah Imelda Marcos Malaysia?

Assalamualaikum
Hehe...kadang-kadang seronok juga mengikuti perkembangan politik semasa di negara sendiri. Sebelum nih, cuma mendengar "ceramah percuma" sang ayah tentang parti Songkok Haji & parti Songkok Hitam. Erm, Songkok pon jadi isu kan??

Hehe, dengar-dengarnya rumahtangga parti **** tengah goyah sekarang ni ibarat retak menanti belah. Kalau dah retak tuh, baiklah plaster cepat-cepat, takut nanti dah terbelah makin susah nak baiki. Itupon kalau masih boleh dibaiki, tapi rasa-rasanya boleh jadi ibarat tikus membaiki labu je...

Orang kata, kalau nak rumahtangga yang bahagia, Bapaknya wajiblah berilmu dan beragama. Bila ada ilmu, boleh beri manfaat kepada bini dan anak-anak. Bila ada agama, boleh urus diri dan bimbing anak bini. Kalau bini boros, kenalah tegur dan jangan dibiarkan takut nanti anak-anak jagaan mati kelaparan. Jangan disebabkan bini mengidam nak pakai gelang zamrud 2ringgit 4kupang, abes dipecah tabung-tabung anak-anak jagaan. Patutlah mengamuk  diorang, sapa suruh cari pasal. Kalau Mummy diorang macam Imelda Marcos, sampaikan dekat biografi tertulis "She is often remembered for symbols of the extravagance of her husband's political reign, including her collection of 2,700 pairs of shoes" mungkin biografi mummy diorang tertulis macam nih nanti : "She is often remembered for symbols of the extravagance of her husband's political reign,including her gelang zamrud 2ringgit 4kupang".

Imelda Marcos

~~Pe benda lak yang Cj mengarut nih...Hehe, memandangkan Cj belum kawen, so tak layak cakap banyak-banyak tentang isu rumahtangga nih. Walau apa pun yang terjadi, sama-samalah kita nantikan pengumuman raya yang tak perlukan petunjuk anak bulan...Mudah-mudahan raya yang bakal tiba nanti mampu menyemarakkan rasa cinta kita pada Agama Islam dan dapat seorang IMAM BARU yang betul-betul ISLAM untuk mengimamkan setiap solat kita.....
Raya kat mana nanti? Jawapan kat SINI