Wednesday, August 17, 2011

MIMPI

Assalamualaikum
" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"
Mimpi malam tadi sungguh mengerikan. Kenapa wajah dia yang muncul? dan jantung berdegup kencang saat terjaga dari lena. Kenapa mesti dia? Setelah berbulan-bulan aku mengelakkan diri daripada dia, tapi dia masih tetap mendekat dan bertanya sihat sakitnya aku.

Ya, aku tak pernah lupa akan jasanya. Kata dia, doanya sentiasa dikirim untuk kesejahteraan aku. Katanya lagi, aku tidak pernah dilupakan dan sering saja terkenang-kenang akan aku. Pernyataan ini sangat-sangat menakutkan aku. Aku tak mahu jadi penyebab seorang bakal dai'e lalai dari mengingati DIA lantaran terjebak dengan zina hati. Tapi, entah kenapa dia seolah-olah tidak mengerti. Masih sering juga mengungkap kata rindu buat aku. Ya Allah, aku takut....

Dan malam tadi, dia muncul lagi dalam lenaku...Jelas sekali situasinya. Dia 'mengejar' dan aku diam tak berkutik! Dia mencari, tapi aku tetap memaling. Entah, aku pasrah dalam urusan jodoh. Aku seakan-akan sudah serik. Tapi, jauh di sudut hati, aku masih menunggu calon suamiku. Aku ingin jadi isteri taat, dan menempah tiket ke syurga... Ya Allah,aku pernah tersilap langkah, maka kau tunjukkanlah aku jalan yang benar lagi diredhai....

Istikharah. Ya, dia pernah menyuruh aku konsisten dengan Istikharah. Istikharahku telah terhenti kini.Entah kenapa, hati ini seolah-olah tidak berhati. Entah kenapa, hati ini sukar sangat untuk menerima dia... Ya, mungkin kerana aku perlu lebih menjaga hati sang ibu. Ibu yang melahirkan aku. Ibu yang sentiasa mengharap aku berganding dengan orang dekat. dan aku tetap yakin, redha Allah akan sentiasa ada bersama redha ibu dan bapa....