Wednesday, August 3, 2011

Kalau Ikhlas tak minta berbalas...

Assalamualaikum
LOVE is CINTA.
CJ bukanlah pakar dalam bab cinta antara Adam & Hawa tapi seringkali Cj menjadi tempat untuk kawan-kawan meluahkan rasa & masalah hati yang kadang-kadang membuat Cj bosan & malas nak mendengar. Hehe..(sori, kadang-kadang emosi sendiri tak stabil,so tak dapatlah nak handle emosi orang lain).

Cuma satu pesanan Cj, ikhlaskan hati dalam memberi Cinta. Kalau ikhlas, tak minta dibalas,kan?? Maka, KEIKHLASAN adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. 

Kalau anda ikhlas, kesedihan yang anda alami jika berlaku perselisihan faham dapat dikawal dengan kewarasan akal. 

Katakan, Ahmad mencintai Aini seikhlas hatinya. Ahmad menerima segala baik buruk cantik hodoh si Aini. Ahmad redha dengan perangai si Aini yang gedik mengada-ngada. Walau Ahmad tidak menyukai kegedikan Aini, dia nekad untuk membimbing Aini menjadi wanita yang lebih baik selepas Aini sah menjadi isterinya. Namun, ditakdirkan hubungan Aini dan Ahmad berantakan ekoran kecurangan Aini. Benar, Ahmad amat mencintai Aini,namun Aini telah berubah hati dan memilih orang lain. Ahmad sedih, namun dipujuk-pujuk hati. Kata Ahmad pada diri " sabar Ahmad. Kamu mencintainya seikhlas hati, tidak mengharapkan balasan. Andai dia menerima cintamu, kamu patut bersyukur. Namun, dia telah menolak cintamu. Kamu patut lebih bersyukur. Nah, sekarang Allah sedang menguji sejauh mana keikhlasan kamu. Allah sayang kamu. Kamu patut lebih bersyukur..."

Sekarang, mari kita kaji diri kita. Sejauh mana kita ikhlas mencintai pasangan kita, ibu bapa kita, adik beradik kita mahupun kawan-kawan kita. Keikhlasan bukan hanya di bibir namun pada perbuatan kita. Cuba renung kembali perbuatan/perlakuan kita sehari-hari... andai kita kata kita benar-benar ikhlas menyayangi pasangan kita, pernahkah kita menyalahkan dia semata-mata kerana si dia enggan menyokong pasukan bola sepak kegemaran kita??Pernahkah kita memarahi pasangan kita semata-mata kerana dia enggan menuruti kehendak kita? Pernahkah kita menuduh pasangan kita tanpa usul periksa semata-mata kerana si dia telah berubah dan mula menjauhi diri dari kita....Pernahkah kita sedari bahawa kita sudah melupai janji-janji dulu untuk tidak melukai hati si dia? Mungkin ada orang pernah merungut "kenapa asyik aku je jaga hati dia, hati aku nih, sapa yang nak jaga?"....Hmmm, kalau tak reti nak jaga hati orang lain, macamana orang lain nak jaga hati kita, kan??? Ini bukan soal karma tapi soal hakikat! Hakikat sebuah kehidupan...

Maka, jangan banyak bertanya "kenapa"...cubalah mencari jawapan untuk "bagaimana".....Bagaimana untuk aku jadi insan yang lebih baik untuk si dia yang aku sayang....bagaimanakah untuk menambat hati si dia supaya si dia bertambah sayang padaku....bagaimanakah untuk menjadi insan yang tidak pemarah supaya si dia tidak menjadi mangsa kemarahanku.....

Andai memang hubungan yang terjalin sudah tidak dapat diselamatkan lagi...mengalah adalah jalan terbaik. Tiada guna memaksa orang lain untuk mencintai kita setelah bersusah payah kita berusaha untuk menawan hatinya...Andai suatu hubungan sudah hilang kasih dan sayang, maka pudarlah kebahagiaan... Carilah bahagia.. Sedarlah, walau cinta boleh dipupuk tapi tiada paksaan dalam cinta... Kita berhak untuk membuat pilihan dan orang lain juga berhak untuk memilih... Renung-renungkan..