Friday, August 12, 2011

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum

Kita perlu hidup untuk hari ini; bukan untuk hari semalam yang telah kita tinggalkan malah bukan juga untuk hari esok yang masih berbalam.
Namun semalam itu sewajarnya dijadikan sebagai panduan; bukan kenangan membunuh kesatriaan dalam diri.
Sebaliknya sebagai penyemarak semangat untuk terus melangkah pada hari ini bagi mencipta sesuatu yang lebih baik pada esok hari....
SUMBER

Emak kata, kena banyak-banyak bersabar. Kena banyak-banyak berdoa. Kadang-kadang pernah jugak ter-mengadu kat mak tentang betapa bestnye melihat kebahagiaan & kejayaan kawan-kawan...Pernah jugak ter-mengeluh bila lah turn diri ini untuk berjaya...or at least berjaya menghepikan diri sendiri...Kata kuncinya tetap sama: SABAR.... Berusaha sebaik mungkin untuk menggapai impian. Kadang-kadang terasa tak terdaya lagi...tapi, sedar bahawa putus asa itu bukan sikap orang yang beriman. Lantas memujuk lagi diri... Sabar..sabar..sabar... Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadi batu loncatan untuk menambah yang terkurang dan menghindar yang patut dijauhkan...

Catatan dari hati...Cik Jari...