Tuesday, August 16, 2011

GIVE UP all evil. Cultivate GOOD.

Assalamualaikum


Tajuk di atas merupakan tajuk cerpen yang Cjari nukilkan. Tapi, bila dibedah siasat, didapati cerpen tersebut terlalu personal untuk didedahkan di sini. Maka, Cjari berhasrat untuk mengubah jalan cerita cerpen tersebut tanpa mengubah tajuk asal. Tapi, malangnya masih belum siap diolah dan diadun. Hehe, dalam fikiran ini asyik memikirkan tentang MISI PENTING yang masih tertangguh,yang masih belum berjaya dicapai. Mungkin gara-gara terlalu memikirkan tentang MISI tersebut, otak jadi sukar untuk berfikir benda lain. (Mental Block). Orang lain sibuk nak beraya, sibuk mencari baju raya, sibuk memilih tudung raya tapi Cjari cuma buat-buat sibuk melihat resepi biskut raya. 

Ahaaa, Cjari baru je balik dari Pasaraya yang paling dekat dengan rumah (TF Value Mart). Cjari pergi sorang-sorang je naik motor Honda. Masa tengah belek-belek barang tadi, Cjari ditegur oleh seorang PakCik.(PC). Since, Cjari fobia dengan pakcik-pakcik sebab pernah ada pengalaman tak best sebelum ni, maka Cjari pun malas nak cakap banyak.
PC: Banyak beli barang, Yong. Nape tak ambek troli?
CJ: Erm..(senyum je).Takpe.
PC: Ada banyak masa tak? Saya nak suruh berlakon nih...
(Pak Cik tuh panggil juru gambar & "pelakon-pelakon"...)
 Lepas tuh ada la sesi berlakon antara jurujual & pembeli. Ada sesi bergambar....Haha,ok cerita dah abes.

Nah...ini gambar-gambar comel dan ayat-ayat power untuk korang semua.


Sekian, Selamat Berpuasa. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih banyak & lebih baik berbanding sebelum ini....Amin...
SEE NO BAD IN WHAT IS NOT BAD. SEE BAD AS BAD AND GOOD AS GOOD.