Thursday, August 25, 2011

Balang Raya Xclusive di Rumah No 96

Assalamualaikum
Selamat menjelang Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi mengepos kad raya. Memandangkan blog nih merupakan satu-satunya medium perantaraan antara sahabat-sahabat blogger, maka Cjari mengaktifkan semula Buku Conteng ini. Thanks Bro Wachak, adik Kecik & Kak Dayah...

ihsan google
Sekarang ni Cjari ada hobi baru iaitu men-deko balang-balang biskut raya. Malu nak tunjuk hasil kerja kat dalam blog nih. Cukuplah sekadar berkongsi cerita tentang hobi baru ini. Sekarang ni tengah cari idea mendeko untuk memenuhi permintaan akak. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.

Kepada blogger yang bertanya soalan "Bila ko nak kawen" tuh, maaflah sebab tak dapat beri jawapan yang tepat. Soal jodoh nih ketentuan Allah. Secara jujurnya, Cjari pernah merancang ke arah itu namun hasrat tak kesampaian. Namun, doa masih diutus buat yang pernah bertakhta di hati. Semoga Allah jadikan dia lelaki Islam/ Mukmin yang lebih baik... Yeay, My Love is sincere towards him, even we are separated by distance and time...i always hope that he will found his happiness. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... Semoga Allah sentiasa tunjuki jalan yang benar...

Yeay, sekarang saya bahagia dengan jalan yang saya pilih. Semoga awak juga bahagia dengan pilihan terbaik awak...Amin... Actually, saya sendiri tak sangka macamana saya boleh se-positif ini dalam menangani sisa kisah kita ini. Mungkin kerana saya dah masak sangat dengan perangai awak. Awak selalu nak kan yang terbaik..Awak selalu suruh saya hargai setiap saat hidup ini. Awak selalu semaikan yang positif dalam diri saya. Maka, jadilah saya seorang bekas kekasih yang positif. 
 
Yup, maybe kadang-kadang saya 'macam sombong' bila awak tetiba contact saya lagi...hakikatnya, saya sedang melawan gemuruh jiwa...Namun, saya sentiasa sedar bahawa saya bukan yang terbaik untuk awak... Saya tidak tercipta untuk awak...dengan rela hatinya saya pergi sebelum dihalau...dengan rela hatinya saya menyakiti hati sendiri sebelum disakiti...Saya terima takdir saya ini dengan mudahnya...semoga Allah memudahkan juga segala urusan dunia akhirat saya....

Kata Hati: Awak perasan tak, setiap kali bday awak...awak mesti kol saya.sembang bahagia. Tapi, tiap kali bday saya..saya takut nak kol awak. sebab kita dah tak berdua bersama..anyway, thanks for everything...